“Peringatan Buatnya Untuk Stop Mencarvt Dan Sakltkan Hati Orang” Isv Saman Azwan Ali, Cik B Akhirnya Bersuara

Anak usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B memberi sokongan penuh terhadap keputusan ibunya yang memfailkan saman terhadap pengacara Azwan Ali.

Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin berkata, tindakan menyaman itu sekurang-kurangnya mampu memberi pengajaran terhadap pengacara tersebut.

“Bukan saja bantu mama (DSV), tapi akan memberi manfaat kepada orang lain.

“Selama ni pakcik Azwan keluarkan kata-kata kesat bukan dekat mama je, tapi dekat orang lain juga. Jadi bila saman ini, mungkin bolej hentikan apa yang dia lakukan sekarang.

“Macam satu peringatan kepadanya, stop mencarut-carut atau sakitkan hati orang,” katanya.

Tambah Cik B lagi, dia juga tidak pernah terasa hati dengan penghinaan dilakukan oleh Azwan terhadapnya sebelum ini.

“Dia kutuk Cik B macam dia cakap dengan diri sendiri. Jadi saya langsung tak terasa hati,” katanya.

Cik B berkata demikian menerusi satu sidang media khas yang diadakan oleh DSV semalam.


Untuk rekod, konflik antara dua selebriti ini tercetus apabila Azwan dikatakan telah menghina DSV dan Cik B.

Tidak cukup dengan itu Azwan turut didakwa menghina kematian dua anak lelaki DSV yang meninggal dunia dalam kejadian kebakaran pada 2013.

Susulan daripada perlakuan tersebut, Azwan kemudian membuat permohonan maaf secara terbuka dalam satu sidang media.

Walaubagaimanapun, permohonan itu seakan tidak disenangi DSV apabila Azwan kelihatan seperti memperlinya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempk

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Peringatan Buatnya Untuk Stop Mencarvt Dan Sakltkan Hati Orang” Isv Saman Azwan Ali, Cik B Akhirnya Bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*