Emma Maembong Belanja Suami ClUM Adik Iparnya Cacha Maembong Dik3cam Netizen

Tarikh cantik 20.02.2020 telah menjadi pilihan beberapa artis untuk mengabadikan detik bersejarah dalam hidup mereka dengan melangsungkan pernikahan.

Sudah tentu ia akan menjadi tumpuan media berikutan tarikh tersebut hanya berlaku sekali sahaja. Salah seorangnya adalah Emma Maembong yang memilih tarikh itu sebagai simbolik penyatuan cintanya dengan pasangan hati.

Pada pagi Khamis itu, Emma Maembong telah sah bergelar isteri kepada seorang juruterbang. Dia yang merahsiakan perkahwinannya tersebut telah menjadi tumpuan media apabila gambar-gambar perkahwinannya dimuat naik ke laman sosial.

Namun begitu, beberapa gambar yang dimuat naik telah menjadi pertikaian netizen apabila dia dan suami telah mencium adik perempuannya iaitu Chacha Maembong diatas pelamin.

Mungkin pada mereka ia bukanlah satu kesalahan memandangkan mereka sudah bergelar ahli keluarga, namun bagi sesetengah netizen, perkara tersebut dilihat kurang manis.

Ia bukan sahaja mendatangkan fitnah malahan menjadi asbab sesetengah netizen mengeluarkan sindiran. Hal tersebut juga telah tular dan terlihat beberapa orang yang tidak selesa dengan adegan sebegitu.

Terdahulu, Emma dan Muhammad Shazli Azhar, 32, telah sah bergelar suami isteri apabila majlis akad nikah pada Khamis lalu diadakan secara tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara.

Majlis tersebut juga dihadiri oleh ahli keluarga dan juga sahabat rapat sahaja. Mereka dijangka mengadakan majlis resepsi pada Mac depan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

SUMBER

Be the first to comment on "Emma Maembong Belanja Suami ClUM Adik Iparnya Cacha Maembong Dik3cam Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*