“Hampir Dua Tahun Kahwin Tapi Masih Tiada Resepsi Untuk Peminat” Ini Penjelasan Pekin Ibrahim

Pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim masih tidak mempunyai perancangan untuk mengadakan majlis resepsi buat peminat biarpun perkahwinannya bersama Mona Allen telah selamat berlangsung pada Disember 2018 lalu.

Menerusi HLive! Pekin menganggap perkahwinannya itu adalah sesuatu yang agak bersifat peribadi.

“Bukannya tak nak buat resepsi ke apa, cuma soal kahwin ni sangat peribadi buat saya.

“Saya buat sederhana je yang mana termampu,” katanya.

Sementara itu, ditanya perubahan yang dialami selepas memasuki alam rumah tangga, Pekin menjelaskan hidupnya kini lebih tenang.

“Paling ketara setiap kali bangun tidur, ada orang dekat sebelah.

“Lepas tu lebih gembira, tenang dan rasa lebih halal,” katanya berseloroh.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Hampir Dua Tahun Kahwin Tapi Masih Tiada Resepsi Untuk Peminat” Ini Penjelasan Pekin Ibrahim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*