“Kalau Teng0k 0rang Beratur Beli Makanan Murah, Percuma.. Jangan Hlna” Fedtri Yahya

Pengacara dan personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya, menerusi laman sosial Instagram (IG)nya menegur segelintir individu yang suka memandang rendah orang lain.

Walaupun Fedtri menulis status secara umum dan tidak membabitkan mana-mana pihak, namun rata-rata netizen mengaitkannya dengan promosi syarikat makanan segera popular yang berlangsung semalam.

Fedtri berkata, jangan pandang rendah atau menghina orang yang sanggup beratur panjang untuk membeli makanan murah atau percuma.

Adalah lebih baik sekiranya bersangka baik daripada mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya dan menuduh mereka (orang yang beratur) itu sebagai sengkek, pelahap atau hadap.

“Saja nak cakap. Kalau tengok orang beratur untuk beli makanan murah, percuma dan sewaktu dengannya… Jangan pandang rendah atau menghina ya!!!

“Bagaimana boleh terfikir perkataan ‘kebulur’, ‘lahap’, ‘sengkek’, ‘hadap sangat’ dan pelbagai perkataan jelik.

“Ada orang yang memang berjuang nak suap insan-insan di rumah. Ada yang mencatu makanan. Ada yang meminjam… asalkan perut anak-anak terisi. Kalau kaya sangat, buat diam sajalah. Tak perlu berkata sesuatu yang menyakitkan hati,” tulisnya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-ratanya menyokong apa yang diperkatakan Fedtri, malah berterima kasih kepada syarikat makanan segera tersebut kerana mengadakan promosi sedemikian.

Kata mereka, disebabkan promosi sedemikian mungkin ada individu yang sebelum ini tidak dapat menikmati makanan tersebut, boleh menggembirakan hati orang lain.

Semalam tular di laman sosial foto orang ramai beratur panjang untuk mendapatkan harga promosi di restoran makanan segera KFC.

Sempena tarikh istimewa 20.02.2020 KFC menawarkan promosi dua set snack plate pada harga RM20 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Promosi istimewa tersebut menyebabkan orang ramai menyerbu restoran makanan segera tersebut sejak awal pagi semalam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : astro gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kalau Teng0k 0rang Beratur Beli Makanan Murah, Percuma.. Jangan Hlna” Fedtri Yahya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*