“Sabar Wahai Sayangku,” Hamzah Kena Kuat Seperti Ayah

Hampir dua minggu pemergian Allahyarham Abam Bocey, baru-baru ini balu arwah berkongsikan video sedih memaparkan anak mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey sedang menonton video nyanyian bapanya.

Lebih pilu, Hamzah yang kini berusia 8 bulan cuba menyentuh skrin telefon berkenaan seolah merindui bapanya. Noor Hidayah berkata, anaknya akan berhenti menangis sebaik sahaja menonton video bapanya itu.

“Allah mengalir air mata, bila ibu melihat Hamzah dengar lagu arwah ayahnya. Dengar dan lihat baru dia berhenti menangis. Sabar wahai sayangku, Hamzah kena kuat seperti ayah. Ayah sentiasa tengok Hamzah,” tulisnya.

Video tersebut mendapat perhatian netizen yang sebak melihat kedua anak beranak itu serta memberikan kata-kata semangat agar terus tabah menghadapi pemergian insan tersayang.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar yang meninggal dunia pada 10 Februari lalu selepas mengalami demam panas selama beberapa hari.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Sabar Wahai Sayangku,” Hamzah Kena Kuat Seperti Ayah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*