“Saya Tak Akan Tid0r Dalam Bilik Itu Lagi… “ BCL Travma Untuk Tidur Selepas Pemerglan Ashraf Sinclair

Pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) akui mengalami kesukaran dan trauma untuk tidur di bilik tidurnya selepas pemergian suami tersayang, Ashraf Sinclair, lapor Awani

Ibu kepada Noah Aidan itu mendedahkan perkara itu kepada sahabat karibnya, Aming.

Menurut Aming, BCL turut menyatakan ketakutan untuk tidur seorang diri di dalam bilik dia dan Ashraf.

“Ming, saya takut untuk tidur di dalam bilik..saya tak akan tidur di dalam bilik itu lagi,” kata BCL kepada Aming berkali-kali.

BCL turut memberitahu kejadian yang berlaku kepada suaminya di dalam bilik mereka sebelum Ashraf disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas itu.

“BCL hanya meninggalkan Ashraf dalam waktu yang singkat untuk membersihkan dirinya. Sebaik kembali ke bilik, Ashraf sudah tidak bergerak dan mulutnya berbuih,” kata Aming.

BCL atau lebih dikenali dengan jolokan Unge dalam kalangan rakan-rakan terus membawa Ashraf ke  Metropolitan Medical Centre (MMC), namun Ashraf gagal diselamatkan.

“Sebelum kejadian, mereka berdua sempat bergurau dan berbual-bual. Kini BCL hanya berehat dan tidur di sebuah bilik lain di rumahnya,” jelas Aming.

Terdahulu, berita pemergian Ashraf mengejutkan industri hiburan di Malaysia dan Indonesia.

Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair lahir di London, England pada 18 September 1979.

Beliau mengahwini penyanyi Bunga Citra Lestari pada 2008.

Allahyarham juga merupakan abang kepada penyampai radio Mix FM dan pelakon Aishah Sinclair, 39.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Tak Akan Tid0r Dalam Bilik Itu Lagi… “ BCL Travma Untuk Tidur Selepas Pemerglan Ashraf Sinclair"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*