“Baru 10 Hari Pulih Dari Kor0navirvs,” Pesakit Dimas0kkan Semula Ke H0spital Selepas Diuji P0sitif

SEORANG pesakit di China yang baru pulih dari koronavirus, dimasukkan semula ke hospital selepas ujian ulangan yang dilakukan menunjukkan dia positif untuk wabak berkenaan.

Pesakit di Chengdu itu dikesan dijangkiti virus tersebut ketika pemeriksaan yang dilakukan selepas 10 hari dia dibenarkan pulang dari hospital, demikian menurut pegawai di pusat klinikal kesihatan awam di bandar itu.

Kes serupa juga telah dilaporkan di tempat lain di China.

Pesakit perlu diuji negatif untuk virus tersebut dua kali sebelum mereka disahkan bebas daripada penyakit itu.

Walaupun sampel dari hidung dan tekak digunakan untuk ujian sebelum ini, hospital kini dikehendaki menggunakan sampel dari paru-paru, di mana virus itu berkemungkinan besar dikesan.

Panduan dari Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China mengesyorkan pesakit yang bebas koronavirus harus memantau kesihatan mereka, dengan memakai topeng dan mengurangkan aktiviti luar untuk meminimumkan risiko dijangkiti.

Angka terkini dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan China melaporkan sejumlah 75,567 kes termasuk 2,239 jumlah kematian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Baru 10 Hari Pulih Dari Kor0navirvs,” Pesakit Dimas0kkan Semula Ke H0spital Selepas Diuji P0sitif"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*