Enam Bulan Sebelum Pemerglan Ashraf Sinclair, Noah Lukis Gambar Bapa Dengan Sayap

PEMERGIAN mengejut pelakon Ashraf Sinclair masih dirasai peminat dan rata-ratanya hanya dapat melepaskan kerinduan itu menerusi laman Instagram.

Justeru itu, salah satu foto yang dimuat naik Ashraf menarik perhatian pengikut apabila ia dikatakan tepat dengan firasat anaknya, Noah Sinclair.

Foto yang dimuat naik pada Ogos tahun lalu itu merupakan hasil lukisan Noah yang membayangkan bapanya itu terbang tinggi bersama sepasang sayap.

“Hadiah Noah untuk saya sempena hari bapa…,” tulis Ashraf di kapsyen.

Foto itu memperlihatkan Ashraf memiliki sepasang sayap dan terbang tinggi menuju kebahagian.

Lukisan daripada Noah ini buatkan netizen berasa sebak.

Gara-gara foto lukisan itu, netizen mula mengaitkan kononnya Noah mempunyai firasat yang tepat enam bulan sebelum Ashraf meninggal dunia.

“Sangat mengejutkan apabila Noah letak sayap di badan ayah, anak yang sangat bijak menjadi kebanggaan ibu bapa.

“Sedihnya melihat gambar ini… kerana sekarang memang benar ayahmu sudah pergi ke tempat yang tinggi.

“Semoga diberikan kekuatan buat Bunga Citra Lestari dan Noah.

Pada Selasa lalu, Ashraf, 41, menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia kira-kira pukul 4 pagi kerana serangan jantung.

Berita sedih itu disahkan sendiri oleh ibu allahyarham, Khadijah Abdul Rahman menerusi mesej di aplikasi WhatsApp kepada mStar.

Ashraf meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Enam Bulan Sebelum Pemerglan Ashraf Sinclair, Noah Lukis Gambar Bapa Dengan Sayap"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*