Netizen Geli Hati Tengok Kanye West Tinggalkan Kim Kardashian Dalam Lif

Pasangan selebriti popular, Kanye West dan Kim Kardashian sering menjadi tatapan dan inspirasi peminat industri hiburan Hollywood kerana kemesraan dan gaya hidup mereka yang mewah dan menghiburkan.

Singgah di KFC Paris.

Awal minggu ini pasangan yang digelar sebagai KimYe itu telah bercuti ke Paris dan beberapa hari lepas mereka dilihat sedang membuat pesanan di KFC.

Seperti ramai rakyat Malaysia, KimYe juga membuat pesanan di KFC pada 20.02.2020

Ekoran lawatan KimYe ke restoran makanan segera itu, KFC telah meletakkan plak pada kiosk yang digunakan mereka yang bertulis “Kim Kardashian dan Kanye West order di sini.”

Pada hari yang sama juga satu video pasangan itu telah tular di media sosial di mana mereka dilihat sedang bermanja di dalam lif selepas membeli belah di Paris.

Detik manis itu berubah menjadi janggal apabila pintu lif terbuka dan Kanye keluar seorang diri, meninggalkan Kim untuk membawa beg membeli-belah mereka sehingga pintu lif tertutup.

Adegan tersebut membuat rata-rata netizen geli hati melihat gelagat Kanye yang langsung tidak mempedulikan isterinya.

“Kanye tinggalkan Kim dalam lif dengan semua beg sampai pintu tertutup…”

“Tak gentleman langsung…”

Malah itu bukanlah kali pertama penyanyi rap itu berkelakuan seperti itu di khalayak ramai. Satu video yang diambil di permainan NBA All-Star Game baru-baru ini juga menunjukkan Kanye tidak memberi perhatian kepada isterinya.

Apabila kamera merakam pasangan itu, Kim menunjukkan ciuman pada suaminya yang duduk di sebelah, namun ciumannya tidak dibalas oleh Kanye, sehingga usahawan kosmetik itu terpaksa mencium pipi suaminya sekali lagi.

Aksi Kim yang sering cuba untuk menunjukkan aksi manis dengan suaminya dan Kanye yang tidak melayan kerenah isterinya membuatkan kedua-dua ikon fesyen itu sering menjadi bahan ketawa netizen.

“Kanye tengoklah saya…”

“Dia akhirnya tunjuk perasaan sebenar dia…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: TwitterDaily Dot

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Netizen Geli Hati Tengok Kanye West Tinggalkan Kim Kardashian Dalam Lif"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*