“Abang, Saya Sedih Abang Pergi Tinggalkan Kami Terlalu Awal. Kita Tidak Sempat…” Luahan Hati Aishah Sinclair

Kesedihan pastinya masih terasa buat keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia secara mengejut selasa minggu lalu.

Dalam satu entri di Instagram milik adiknya Aishah Sinclair, Aishah meluahkan sedikit rasa isi hatinya pada satu gambar ketika mereka berdua masih kanak-kanak.

Ketika membesar dialah yang menjadi suara saya (secara literal – sehingga berumur dua tahun, saya bercakap dan hanya dia sahaja yang faham), dia melindungi saya, marahkan saya bila saya di luar kawalan (percayalah, jadi adik yang suka memberontak, saya sering kena marah).

“Walaupun sudah dewasa, saya sering merujuk kepada dia untuk mendapatkan pandangan terutamanya tentang keputusan penting, tentang karier ataupun nasihat tentang fesyen,” tulis Aishah dalam Bahasa Inggeris.

Tambah Aishah lagi, Ashraf sentiasa ada untuk dirinya walau sesibuk manapun keadaannya.

“Abang, saya sedih kerana abang pergi meninggalkan kami terlalu awal. Saya sedih kita tidak sempat menghabiskan perbualan akhir kita. Saya sedih saya tidak dapat lagi  memeluk abang atau bergurau senda.

“Tetapi saya bersyukur kerana abang hadir dalam hidup saya biarpun hanya untuk seketika. Saya berharap saya dapat segala kebijaksanaan, pengetahuan dan rasa kasih sayang yang abang kongsikan dan meneruskan legasi yang abang tinggalkan,” tulis Aishah lagi.

Tulis Aishah, Abangnya Ashraf menghadiahkannya seorang kakak ipar dan anak saudara yang sangat hebat dan berjanji akan menjaga mereka sebaik mungkin sepertimana abangnya menjaga dirinya suatu ketika dulu.

“My whole life you have been my guardian abang, now you are my guardian angel,” mengakhiri tulisannya di entri tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Growing up he was my voice (literally – I spoke gibberish until two and he was the only on who understood 😂), he protected me, marah me when I got out of hand (trust me, being the rebellious one I got many many scoldings). Even as adults, I would turn to him to get clarity when it came to making important decisions, get career and even fashion advice. He always made himself available to me, no matter how busy. Abang, I am sad that you left us too soon. That we never got to finish our last conversation. That I will never be able hug you or joke around with you. But I feel blessed that I had you in my life. Even if it was so short. I hope I will be able to take all the wisdom, knowledge and love you shared and continue your legacy. You gave me an amazing sister-in-law and nephew, and I promise I will do my best to look out for them like you always did for me. My whole life you have been my guardian abang, now you are my guardian angel.

A post shared by Aishah Sinclair (@aishahjennifer) on

Hari Selasa minggu lalu, dunia hiburan tanah air dan juga Indonesia dikejutkan dengan berita kematian pelakon Ashraf Sinclair.

Allahyarham Ashraf meninggalkan seorang balu, pelakon dan penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari dan seorang cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Abang, Saya Sedih Abang Pergi Tinggalkan Kami Terlalu Awal. Kita Tidak Sempat…” Luahan Hati Aishah Sinclair"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*