Lagu Untuk Arwah, Hasilnya Ada Juga Untuk Arw@h…” Achey, Fad Dan Ippo Hafiz Cipta Lagu Istimewa

Pemergian Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam meninggalkan kesan yang mendalam buat anggota Kumpulan Bocey.

Pemergian Abam mendorong anggota Bocey, Fad dan Achey untuk mencipta sebuah lagu istimewa buatnya.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah memberitahu bahawa hasil kutipan yang bakal diperolehi nanti akan diagihkan kepada projek yang pernah diusahakan, termasuk menyalur kepada pusat tahfiz, bersedekah dan ceramah agama.

“Lagu ini dihasilkan bukan atas dasar suka-suka, sebaliknya ada bahagian arwah untuk setiap kutipan yang diperoleh. Jika lagu ini mendapat tontonan dan jumlah pendengar tinggi, kami akan mengagihkan bahagian arwah kepada projek yang pernah diusahakan, antaranya menyalurkan ke pusat tahfiz yang dibantu arwah.

“Selain itu, hasil lagu ini akan digunakan membantu penceramah agama menganjurkan ceramah dan bersedekah. Pendapatan karya ini juga akan digunakan untuk membantu waris arwah seperti anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, isteri dan ibu arwah,” katanya kepada BH Online.

Menurut Achey, penghasilan lagu tersebut berlaku secara tidak sengaja dan mereka akan berkolaborasi bersama penyanyi dan komposer Ippo Hafiz.

Tambah Achey lagi, ia bermula daripada komen yang ditinggalkan Ippo di Instagram sejak pemergian arwah.

“Komen yang ditinggalkan Ippo ternyata mendapat perhatian pengikut Instagram. Ramai peminat arwah, saya, Fad mahupun Ippo meminta kami menghasilkan lagu untuk arwah.

“Ippo pula mengatakan Insya-Allah, dia akan usahakan. Jadi, dari situlah bermula sesi pertukaran pendapat dan lontaran idea,” katanya.

Bagaimanapun, kata Achey, dia tidak boleh menyanyikan lagu berkenaan secara berseorangan memandangkan Fad turut merasakan kehilangan arwah. Jadi, Fad juga harus berada dalam projek lagu itu.

Tambah Achey lagi, lagu tersebut masih belum mempunyai tajuk dan masih dalam perbincangan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Lagu Untuk Arwah, Hasilnya Ada Juga Untuk Arw@h…” Achey, Fad Dan Ippo Hafiz Cipta Lagu Istimewa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*