“Macam Tak Nak Bagi Tuan Adam Bersara Je” Hisyam Hamid Terima Penghargaan Dari Maritim Malaysia

Pelakon drama bersiri TQ Captain, Hisyam Hamid menerima sijil penghargaan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) baru-baru ini.

Penghargaan itu diberikan kepada Hisyam yang mendukung peranan Kapten Adam dalam drama tersebut sebagai jasa dan sumbangan memperkenalkan APMM dengan lebih meluas.

Hisyam pada masa sama mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih atas penghargaan terbabit.

“Ia menjadi satu kebanggaan kepada saya, setiap kali saya menyarung uniform ini, ia menjadi tanggungjawab personal saya untuk menjaga disiplin dan profesionalisme.

“Terima kasih atas peluang yang diberikan,” kata Hisyam dalam entri di Instagram bersama fotonya menerima penghargaan itu.

 

View this post on Instagram

 

Errmm, kalau apply dapat tak? 😝 #HUT15 #TQCaptain #MaritimMalaysia #MalaysiaCoastGuard

A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7) on

Perkongsian Hisyam meraih ucapan tahniah daripada peminat yang mahukan drama itu disambung lagi selepas ini.

“Tuan Adam asyik muncul balik je. Macam mana nak move on?” tulis salah seorang pengguna.

“Mana Mikayla tak datang? Dia buat kerja gila lagi ke pergi shooting penyeludup,” seloroh @mahlilmadzin.

“Tak nak buat ke TQ Captain 2?” soal @n.humaira05.

“Lt Kdr (M) Adam Alauddin.. Nampak akan ada TQ Captain 2,” sahut @karlnaim_99.

Drama TQ Captain yang disiarkan di slog MegaDrama Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada Disember lalu turut dibintangi Mawar Rashid, Mark Adam, Tomok dan Raf Yaakob.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Macam Tak Nak Bagi Tuan Adam Bersara Je” Hisyam Hamid Terima Penghargaan Dari Maritim Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*