“Jat0h Terlentang Dan Terp@ksa Lakukan Fisi0terapi” Demi Anak, Anzalna Nasir Alami Keced3raan Di Bahagian Ot0t

Aktres Anzalna Nasir mendedahkan dirinya dimasukkan ke hospital selama lima hari disebabkan mengalami kecederaan di bahagian otot.

Jelas Anzalna, kesakitan yang dialaminya itu berpunca akibat jatuh terlentang di rumah.

“Ketika itu, saya sedang bersiap untuk menghadiri sebuah majlis dan pada masa yang sama Mohamad Eidrees menangis.

“Saya pulak sejenis yang tidak suka membiarkan anak menangis lama dan perlu cepat untuk tenangkan dia.

“Sewaktu mahu berkejar mendapatkan Eidrees, saya jatuh terlentang. Namun, pada masa itu saya terus bangun, dukung dan sempat beri Eidrees makan.

“Tapi selepas masuk ke dalam kereta, badan saya tidak dapat bergerak. Suami terus bawa ke hospital dan setelah berjumpa dengan doktor telah disahkan otot saya bengkak,” katanya kepada Gempak.

Anzalna ditemui ketika majlis akikah Eidrees yang diadakan di Hotel Sheraton, Petaling Jaya semalam.

Dalam pada itu, pemilik nama Nur Anzalna Md Nasir akui keadaan kesihatannya belum pulih dan  dikehendaki untuk menjalani rawatan fisioterapi.

“Eidrees tidak boleh dibawa ke hospital dengan keadaan tidak berapa okay lebih-lebih lagi dengan virus yang melanda.

“Boleh dikatakan setiap hari saya menangis rindukan Eidrees. Jadi saya minta ibu bapa datang bawa Eidrees lalu saya turun ke kereta untuk menyusu dan bermain dengannya.

“Kalau ikutkan, doktor minta untuk saya terus ditahan di hospital namun saya menolak.

“Walaupun masih sakit, saya tidak sanggup lagi. Bagi saya yang penting adalah Eidrees, sakit itu tolak ke tepi,” katanya lagi.

Sekadar info, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama suaminya Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohammad Eidress pada 31 Mei yang tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Jat0h Terlentang Dan Terp@ksa Lakukan Fisi0terapi” Demi Anak, Anzalna Nasir Alami Keced3raan Di Bahagian Ot0t"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*