“Hari Yang Cukup Menyedlhkan Dan Sukar Buat Kami Sekeluarga…” Aishah Sinclair

Penyampai radio Mix FM, Aishah Sinclair akui amat bersedih dengan pemergian abangnya Allahyarham Ashraf Sinclair pada Selasa.

“Tempat berehat terakhir buat kamu (arwah). Terima kasih kepada semua yang mengambil berat, membuat panggilan dan ‘terbang’ ke Jakarta untuk arwah abang saya.

“Ia hari yang cukup menyedihkan serta sukar buat saya dan keluarga pernah lalui.

“Kasih sayang dan sokongan kalian amat bermakna buat kami. Satu yang pasti, abang saya amat disayangi,” tulisnya.

Aishah berkongsi luahan hatinya itu di akaun Instagram miliknya lewat malam semalam.

Dalam entri itu, Aishah berkongsi foto hitam putih pusara abangnya.

Sejak pagi semalam, Aishah serta seluruh ahli keluarga termasuk isteri arwah Bunga Cinta Lestari tidak memuat naik sebarang entri di media sosial sehingga lewat malam tadi.

Ashraf Sinclair, pelakon kelahiran Malaysia yang menempa nama di Indonesia itu dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada pagi Selasa.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan anak lelaki bernama Noah Aidan Ashraf berusia 10 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Geempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Hari Yang Cukup Menyedlhkan Dan Sukar Buat Kami Sekeluarga…” Aishah Sinclair"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*