“Lapan Harı Meninggal Dvnla,” Pusara Ashraf Sinclair Tidak Put0s Diziarahi Masyarakat Dari Luar Daerah

PEMERGIAN Ashraf Sinclair seminggu yang lalu memberi kesan bukan sahaja kepada ahli keluarga dan teman rapat, malah turut dirasai oleh peminat-peminatnya.

Pusara Allahyarham yang terletak di San Diego Hill, Karawangan, Jawa Barat masih dikunjungi orang ramai biarpun sudah lapan hari kematiannya.

Bukan hanya warga sekitar, kunjungan tetamu datang dari daerah lain yang berasa terkesan dengan sikap dan kebaikan yang ditunjukkan pelakon itu sepanjang hayatnya.

Orang ramai masih menziarahi kubur arwah Ashraf. FOTO LIPUTAN6.

“Sebagai seorang suami dia bertanggungjawab, dia selalu beri perhatian kepada anak isteri.

“Kami juga peminat arwah dan sangat berduka atas pemergiannya,” ujar salah seorang pelawat seperti dipetik Liputan6.

Kebaikan Ashraf juga diakui pemandu peribadinya, Eddy yang menyifatkan arwah seorang yang terlalu baik.

“Dia tu orangnya sama siapa pun baik ya. Orangnya dermawan. Boleh berborak dan banyak perkara yang dia ajar.

“Itu yang saya rasa, kalau dia makan ada sesiapa yang lalu di situ pasti dia kasi makan. Pada saya dia yang paling baik,” ujarnya.

Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari lalu selepas mengalami serangan jantung. Allahyarham meninggalkan balu Bunga Citra Lestari dan anak Noah Aidan Sinclair, 10.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Lapan Harı Meninggal Dvnla,” Pusara Ashraf Sinclair Tidak Put0s Diziarahi Masyarakat Dari Luar Daerah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*