“Saya Sentiasa Tunggu Hael Untuk…” Dayang Nurfaizah

Penyanyi popular, Dayang Nurfaizah tidak pernah rimas apabila persahabatannya bersama rakan artis, Hael Husaini sering diusik segelintir pihak.

Menurut Dayang, dia selesa berkawan rapat dengan penyanyi lagu Jampi itu.

“Saya tak pernah rimas apabila sering dikaitkan dengan Hael, saya memang berkawan rapat dengan dia.

“Bagi saya, dari mula kami kenal hingga sekarang, saya rasa selesa berkawan dengannya, kami pun selalu diundang untuk mengadakan persembahan bersama.

“Dari situ, persahabatan kami mempunyai keserasian, ia merupakan satu aspek penting ketika membuat persembahann kerana keserasian itu mampu memudahkan kerja kami,” ujarnya.

Dayang berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Amal Alunan Irama di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, pelantun lagu Di Pintu Syurga ini menambah, dia sentiasa menunggu peluang untuk terus berkolaborasi bersama Hael.

“Terus terang saya katakan, saya sentiasa menunggu Hael untuk berkolaborasi lagi bersama saya, mungkin sebuah lagu ciptaannya sendiri.

“Namun buat masa ini, keadaan masih tidak mengizinkan kerana kami berdua sedang sibuk menguruskan hal lain,” katanya lagi.

Konsert Amal Alunan Irama yang turut menampilkan Datuk Jamal Abdillah akan berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 11 April 2020 jam 8.30 malam.

Konsert ini merupakan anjuran bersama antara Yayasan Gerbang Bandar Tun Razak, Persatuan Karyawan Malaysia, Istana Budaya dan Educaring Team Pejabat Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ia bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu golongan yang memerlukan di samping memberi peluang kepada golongan Asnaf, B40 dan orang kelainan upaya (OKU) untuk sama-sama menyaksikan konsert ini di Istana Budaya.

Di samping itu, sebahagian dana akan disumbangkan kepada Persatuan Karyawan Malaysia untuk membantu kebajikan ahli di dalamnya.

Harga tiket dijual pada harga RM100, RM170, RM270 dan RM370 menerusi www.myticket.asia mulai 10 Mac 2020.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Sentiasa Tunggu Hael Untuk…” Dayang Nurfaizah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*