“Siapa Sama Kita Geng” Khai Bahar Sambut Ulang Tahun Ke-26

Penyanyi popular, Khai Bahar menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-26 hari ini.

Berita gembira itu dikongsi Khai menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Khai mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi ucapan di hari istimewanya itu, pada masa yang sama dia turut mengucapkan selamat hari lahir kepada orang ramai yang meraikannya pada tarikh yang sama.

“Selamat hari lahir kepada saya, terima kasih kepada semua yang memberi ucapan, selamat hari lahir juga kepada anda semua, siapa yang sama kita geng!” tulisnya sebagai kapsyen.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Khai di ruangan komen.

Rata-rata mereka mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kebaikan buat Khai

Dalam perkembangan lain, Khai akan mengadakan konsert sulungnya iaitu Konsert Khai Bahar : Dari Smule Ke Pentas Dunia pada 27 dan 28 Mac 2020.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Siapa Sama Kita Geng” Khai Bahar Sambut Ulang Tahun Ke-26"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*