“Tak S@lah Saya Menginspirasikan Neelofa” Hawa Rizwana Nak Jadi Pengacara Pula

Personaliti televisyen Hawa Rizwana tidak kisah sekiranya cita-cita untuk bergelar pengacara akan dikatakan cuba meniru jejak langkah Neelofa.

Malah kata Hawa, 24, dia menjadikan Neelofa sebagai individu yang diidolakan dalam pelbagai bidang.

“Itu memang cita-cita saya untuk bergelar pengacara dan sememangnya sudah belajar dalam bidang itu.

“Kalau orang nak bandingkan pun terserah, apa yang saya buat nak yang terbaik untuk diri sendiri.

“Neelofa pun diakui seorang pengacara hebat dan menginspirasikan ramai orang. Tak salah juga untuk saya menjadi salah seorang daripada ‘adik’ Neelofa,” katanya .


Akui Hawa, bidang pengacaraan menjadi idamannya memandangkan ia mencabar kreativiti dan kecekapan berfikir.

“Saya ada mendapat beberapa tawaran tapi tak berani nak hebahkan lagi.

“Menyampaikan berita memang impian tapi mengacara mencabar kreativiti juga memandangkan tiada prompter di hadapan.

“Saya juga boleh bertemu dengan ramai orang, bertukar pengalaman dan pelbagai idea,” jelasnya.

Hawa ditemui pada majlis pelancaran Haney D’Jiwa di EQ Plaza, Kuala Lumpur. Personaliti televisyen itu dilantik sebagai wajah produk makanan alternatif itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tak S@lah Saya Menginspirasikan Neelofa” Hawa Rizwana Nak Jadi Pengacara Pula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*