“Kalau Nak Jumpa Biar Empat Mata, Antara Aku Dan Dia Je” Ibu Ali Puteh

Terdahulu, pelawak Ali Puteh meminta usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri datang ke rumah tanpa membawa kamera untuk memohon maaf kepada ibunya, Sabariah Arshad yang terluka di atas tindakannya itu.

Bagaimanapun, Aliff memberitahu dia bersedia untuk bertemu dengan Ali Puteh serta keluarganya utnuk memohon maaf, bagaimanapun dia tetap dengan pendiriannya akan mengadakan secara langsung di media sosial.

Dalam pada itu, ibu kepada arwah Abam berkata dia tidak menghalang jika Aliff Syukri ingin datang berjumpa dengannya tapi tidak dibenarkan untuk membuat sebarang rakaman.

“Makcik okay je kalau dia datang nak jumpa tapi dengan satu syarat tak mahu dia membawa kamera. Nak jumpa biar empat mata antara aku dengan dia sahaja. Kalau tidak, tak payah jumpa pun tak apa,” katanya.

Terdahulu, Sabariah mengakui rindu dengan cucunya Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey iaitu anak tunggal kepada arwah Abam. Namun, selepas menantunya Nor Hidayah mengambil keputusan untuk keluar rumah, dia tidak lagi berhubung dengan wanita itu dan cucunya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kalau Nak Jumpa Biar Empat Mata, Antara Aku Dan Dia Je” Ibu Ali Puteh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*