“Krisdayanti Luah Perasaan” Tidak Berpeluang Tinggal Bersama Anak-Anaknya Selepas Berceral Dengan Anang Hermansyah

SELEPAS bercerai dengan penyanyi, Anang Hermansyah, Krisdayanti mendedahkan dia tidak diberi kesempatan untuk tinggal dengan anak-anaknya, Aurel dan Azriel.

Seperti dipetik kapanlagi, Krisdayanti berkata, dia menerima keputusan itu dan masih memantau pembesaran dua anaknya yang kini di bawah jagaan Anang.

“Saya tidak diberikan peluang untuk mereka tinggal bersama saya, dan saya telah menerimanya.

“Saya sudah ikhlas,” katanya.

Krisdayanti hormat keputusan anak-anaknya mahu tinggal bersama Anang.

Penyanyi itu juga memaklumkan kedua-dua anaknya membuat keputusan untuk tinggal bersama bekas suaminya itu.

“Saya sudah tahu bahawa Aurel dan Azriel mahu tinggal bersama ayahnya. Itu keputusan mereka.

“Mereka sudah besar, sudah berumur lebih 17 tahun, keputusan mereka saya hormati,” tambahnya.

Selain daripada itu, Krisdayanti juga menjelaskan bahawa dia bukan jenis ibu yang memaksa untuk bertemu dan tinggal bersama anaknya, dia juga menghormati Ashanty sebagai ibu mereka.

“Saya bukan jenis ibu yang memaksa, bercakap di belakang, dan lain-lainnya.

“Saya tetap hormati Ashanty sebagai ibu mereka juga. Terdapat juga insiden di sekolah ketika Azriel tamat pengajian, Anang dan Ashanty yang dipanggil sebagai ibu bapa mereka,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Krisdayanti Luah Perasaan” Tidak Berpeluang Tinggal Bersama Anak-Anaknya Selepas Berceral Dengan Anang Hermansyah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*