Lihat Anak Mariah Carey Menyanyi Nota Tinggi Seperti Ibunya

Dari menyanyi dengan ibu mereka yang terkenal sehinggalah membintangi video muziknya, anak kembar Mariah Carey dan Nick Cannon, Monroe dan Moroccan membuktikan bahawa mereka juga mewarisi bakat muzik ibu bapa mereka.

Membalas kepada sebuah tweet baru-baru ini, Mariah atau lebih mesra dipanggil Mimi memuat naik video Tik Tok anak perempuannya Monroe sedang menyanyikan suara siulan ikoniknya, membuat ramai terkejut.

Namun didedahkan tidak lama kemudian bahawa Ratu R&B dunia itu yang sebenarnya melakukan nota tinggi itu di sebalik pintu sambil anaknya bermiming dengan persembahan yang cukup meyakinkan.

Mariah yang telah dinamakan sebagai salah seorang artis yang akan dimasukkan ke dalam Songwriters Hall of Fame’s 2020 memuat naik video itu sebagai balasan kepada tweet tentang hatersnya pada tahun ’90-an.

Kongsian tweet oleh Pop Culture 2000s mengenang semula waktu apabila ramai pengkritik menuduh Mariah Carey sebagai artis studio yang tidak mampu untuk memberikan kualiti vokal yang sama dalam persembahan langsung, terutamanya suara siulannya.

Mariah kemudian menempah tempat untuk membuat penampilan di rancangan MTV Unplugged pada 1992 di mana dia membuktikan kebolehan suaranya yang luar biasa.

Ini bukanlah kali pertama anaknya yang berusia lapan tahun itu yang menunjuk-nunjuk suara tinggi Mariah sebagai sindiran di media sosial. Bulan lepas dia merakam dirinya menjerit dengan kapsyen “semua orang kecuali ibu saya” di Instagram.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Twitter

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Lihat Anak Mariah Carey Menyanyi Nota Tinggi Seperti Ibunya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*