Muhyiddin Terima Sokongan 3 Blok Terbesar Ahli Parlimen

PENCALONAN ke atas Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan menerima sokongan tiga blok terbesar Ahli Parlimen (MP).

Sehingga kini, 96 MP termasuk dari Bersatu, Barisan Nasional dan Pas bersetuju mencadangkan nama Muhyiddin kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dipercayai parti pemerintah Sabah dan Sarawak, Parti Warisan Sabah dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mempunyai sembilan dan 18 MP bakal memberikan sokongan sama.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal misalnya, turut kelihatan di kediaman Muhyiddin pada Jumaat malam.

Ia susulan kenyataan Istana pada hari sama yang menyatakan tiada seorang pun MP yang mempunyai majoriti untuk menjadi perdana menteri pada masa ini.

Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 112 undi daripada 222 MP untuk meraih majoriti mudah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Muhyiddin Terima Sokongan 3 Blok Terbesar Ahli Parlimen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*