“Saya Dah Kembali Ke Berat Badan Asal…” Nina Iskandar

Pelakon Nina Iskandar mendedahkan dia kini sudah kembali ke berat badan asal selepas melahirkan cahaya pertamanya, Muhammad Aaryan ar-Rizqin pada 23 Disember lalu.

Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar  berkata dia bersyukur kerana proses penurunan berat badannya dipermudahkan.

“Kalau nak nak tau, saya dah kembali ke berat sebelum hamil. Mungkin tak sebanyak orang lain tapi Alhamdulilah saya bersyukur kerana masih ada progress.

“Masih panjang lagi. Proses ini masih diteruskan belum tamat lagi. Slowly but surely,” tulisnya.

Nina berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

 

Menerusi entri tersebut dia berkongsi foto terkininya bersama bayi.

Untuk rekod, Nina telah mendirikan rumah tangga bersama penolong pengarah, Azlan Adzanan pada April lalu dan pasangan ini telah melangsungkan majlis resepsi pada 4 Ogos tahun lalu di Forest Valley, Cheras.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Dah Kembali Ke Berat Badan Asal…” Nina Iskandar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*