“Sedapnya Nyanyi..”Siti Nurhaliza Puji Suara Lara Alana

Pengacara Awal Ashaari mendedahkan anaknya, Lara Alana mendapat pujian daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika menyanyi di dalam kereta.

Nyanyian Lara telah dikongsi menerusi Instagram Story Awal.

“Sedapnya nyanyi,” puji Siti.

Kemudian, Awal memuat naik tangkap layar pujian tersebut di laman Instagram milik Lara kerana terharu dengan pujian diberikan.

“Bila Penyanyi No.1 puji kita nyanyi sedap.. tak tahu nak pergi sekolah ke atau nak terus pergi recording studio buat single..,” tulisnya berseloroh.

Rata-rata terhibur dengan entri tersebut.

Lara merupakan satu-satuny anak Awal dan pelakon Scha Alyahya yang kini berusia 6 tahun.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Sedapnya Nyanyi..”Siti Nurhaliza Puji Suara Lara Alana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*