Ismail Izzani Ajak Pelajar Sekolah Jaga Kesihatan Ment@l “Tujuh Bulan Rakan Saya Tak Keluar Rumah”

PENYANYI Ismail Izzani mendedahkan lagu pertamanya iaitu Sabar diambil daripada kisah rakan karibnya yang terpaksa berhadapan dengan masalah kemurungan.

Ismail turut menasihati kepada semua orang untuk menjaga kesihatan mental dengan berkongsi permasalahan yang dihadapi kepada insan terdekat.

“Rakan saya pernah alami kemurungan selama tujuh bulan, dia tak keluar rumah, tak keluar bilik dan lepas tujuh bulan baru dia beritahu saya.

“Saya jadi rasa bersalah sebab itu kita perlu sentiasa berbuat baik kepada semua orang.

Ismail memberi nasihat kepada para pelajar.

“kita tak tahu apa yang mereka sedang alami, dan sentiasa kongsi permasalahan kita dengan insan terdekat,” katanya.

Ismail yang ditemui ketika sesi lawatan beliau ke SMK (P) Jalan Ipoh sempena kempen Minggu Baik Hari #StandTogether pada Isnin lalu.

Lawatan Ismail ke sekolah terbabit adalah bagi tujuan meraikan SMK (P) Jalan Ipoh yang telah mengambil bahagian dalam bengkel Baik Hati yang diadakan sempena Jelajah Baik Hati yang diadakan di seluruh negara.

Jelajah tersebut dianjurkan sempena sambutan Kempen Minggu Baik Hati Kebangsaan #StandTogether 2019 yang dianjurkan oleh pemaju hartanah terkemuka SP Setia dan R.AGE daripada Star Media Group.

Lagu-lagu saya sebenarnya adalah untuk semua dan kalau lihat, lirik lagu Sabar ialah mengenai kemurungan.

ISMAIL IZZANI

PENYANYI

Kempen Minggu Baik Hati Kebangsaan ini diadakan bertujuan memupuk sikap baik hati dan perasaan empati di sekolah-sekolah di Malaysia, kerana sikap-sikap ini telah terbukti membantu meningkatkan pembelajaran serta melahirkan masyarakat yang lebih gembira dan cemerlang.

Dalam pada itu, Ismail memberitahu sebagai seorang penyanyi dia sentiasa cuba untuk menyebarkan sikap positif melalui lagu yang dihasilkan.

“Lagu-lagu saya sebenarnya adalah untuk semua dan kalau lihat, lirik lagu Sabar ialah mengenai kemurungan.

Ismail berswafoto bersama cikgu dan pelajar SMK (P) Jalan Ipoh.

“Pada sesiapa sahaja di luar sana, sekiranya anda mempunyai masalah, bersabarlah,” ujarnya.

Sementara itu, Ismail turut mendorong para pelajar untuk membantu menyebarkan kebaikan melalui media sosial untuk menghentikan kes siber buli yang kerap berlaku.

“Pada masa sekarang, media sosial ini penting begitu juga dengan kempen #StandTogether ini.

“Jadi matlamat utama kita adalah untuk menyebarkan kebaikan ke seluruh dunia, tak kira agama, bangsa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Ismail Izzani Ajak Pelajar Sekolah Jaga Kesihatan Ment@l “Tujuh Bulan Rakan Saya Tak Keluar Rumah”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*