“Tak Rasmi, Tak Keluar Mulut Mira, Jangan Buat Andaian”Mira Filzah

Semua mengetahui mengenai desas-desus hubungan cinta pelakon Mira Filzah dengan seorang jejaka yang sehingga kini masih menjadi tanda tanya apabila wanita itu enggan mengulas perkara berkenaan. Bagaimanapun, Mira atau Nur Amirah Filzah Boediman berkata, dia akan mendedahkan perkara itu jika hubungan tersebut benar-benar pasti.

“Tak ada apa nak komen pun, InsyaAllah kalau benda tu official ke confirm ke, saya akan bagi tahu, saya tak akan sorok. Tak adalah tahu-tahu nikah. Kalau ada nanti kita akan bagi tahu. Nothing to reveal, sekarang,” jelasnya.

Sebelum ini, Mira mendedahkan sedang berkenalan dengan individu yang enggan didedahkan identitinya serta bukan dalam kalangan penggiat industri seni. Dalam pada itu, Mira berharap peminat dan orang ramai tidak memberikan sebarang andaian terhadap perkara itu. Katanya, perkara itu hanya boleh dipercayai jika kenyataan tersebut keluar daripada dirinya sendiri.

“Mira berkawan dengan ramai orang. Tak semestinya bila kita keluar dengan orang itu, itulah orangnya. Bagi Mira siapa yang nampak tu, nampaklah, yang tahu tu, tahulah. Tapi selagi tak rasmi, tak keluar daripada mulut Mira sendiri, kita jangan buat andaian,” ujarnya.

Mira Filzah ketika ditemui dalam majlis pelancaran beg dan kasut koleksi raya kolaborasi bersama Christy Ng di Glasshouse Seputeh pada Khamis. Dalam pada itu, bercerita soal kerjaya Mira berkata, dia teringin untuk berlakon dengan pelakon-pelakon lama.

“Mira sebenarnya teringin nak berlakon dengan pelakon-pelakon lama seperti Redza Minhat, Datuk Rosham Nor. Bagi Mira, pelakon lama dan baru sebenarnya sama sahaja. Tetapi, orang lama dalam industri ni banyak benda kita boleh belajar, sebab mereka lebih berpengalaman,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:mStar & Instagram Mira Filzah

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tak Rasmi, Tak Keluar Mulut Mira, Jangan Buat Andaian”Mira Filzah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*