Tandatangan Surat Cara Pelantikan Dan Mengangkat Svmpah Perdana Menteri Ke-8, Beliau Adalah….

Jika anda menonton siaran langsung Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri semalam, pasti ada terlihat susuk wanita yang menandatangani surat tersebut.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna The Patriots berkongsi wanita yang dimaksudkan adalah Yang Amat Arif Tan Sri Tengku Maimum Tuan Mat, Ketua Hakim Negara.

Beliau merupakan wanita pertama dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-16 pada 2 Mei 2019 bagi menggantikan Tan Sri Richard Malanjum yang bersara.

Berusia 61 tahun dan berasal dari Kelantan, beliau memulakan karier sebagai pegawai undang-undang di Lembaga Pembangunan Kelantan Selatan pada 1982 dan dilantik Ketua Hakim Negara setelah 37 tahun berkhidmat.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, rata-rata wargamaya tertanya-tanya peranan wanita yang berada di hadapan Tan Sri Muhyiddin Yasin sewaktu prosedur pelantikan sedang berlangsung.

Malah, ramai juga yang mengagumi wanita tersebut yang terkenal dengan sikap berani dan tegas.

“I see. Tanya-tanya juga masa kamera fokus pada dia. Siapakah wanita ini,” tanya seroang wargamaya.

“Segala tanda tanya sudah dijawab. Kesian mak saya asyik tanya tanya siapa tu. Ok dah tahu siapa. Terima kasih!” kata seorang wargamaya.

“Beliau adalah orang yang dihormati sebab ada intergriti, bijak dan buat keputusan berdasarkan undang-undang serta tidak mudah dipengaruhi anasir luar,” puji seorang wargamaya

“Nanti nak lipat tudung macam tu la. Mesti rasa ada-ada dan rasa macam Ketua Hakim Negara,” usik seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, kicauan tersebut telah menerima hampir 12,000 ulang kicau dan 15,000 tanda suka daripada warga Twitter.

Pada majlis yang berlangsung di Istana Negara semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakar sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelapan bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Tandatangan Surat Cara Pelantikan Dan Mengangkat Svmpah Perdana Menteri Ke-8, Beliau Adalah…."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*