“C0mplete Dah” Shuib Ucap Tahniah Buat Mamat, M0hon Maaf Tak Dapat Hadir

Buat peminat kumpulan Sepah, pastinya masih mengingati gandingan mantap antara tiga pelawak terkenal ini yang terdahulu terdiri daripada Shuib, Mamat dan Jep.

Walau bagaimanapun, berikutan semalam Mamat Sepah akhirnya selamat menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan hati, Shuib juga berkesempatan untuk mengucapkan tahniah buat rakannya itu.

Shuib ucap tahniah buat Mamat

Menerusi laman Instagram peribadi miliknya yang kini sudah mencecah jutaan followers, Shuib memuat naik sekeping foto Mamat yang lengkap berpakaian pengantin yang turut dikongsikan oleh Mamat semalam.

Dalam pada masa yang sama, Shuib menerusi kapsyen turut meminta maaf kepada rakannya itu kerana difahamkan tidak dapat hadir di hari bersejarah Mamat.

“Tahniah sahabat!!!! Sorry semalam tak dapat datang di hari bersejarah ko Mat, aku ade rekording Sepahtu Reunion Al Puasa Mat.

Walau bagaimanapun, Shuib turut menjelaskan sebabnya tidak dapat hadir dimajlis Mamat berikutan ada rekording buat rancangan, Sepahtu Reunion Al Puasa.

Shuib mendoakan rakannya itu selain berharap agar urusan Mamat juga dipermudahkan dan bahagia serta ujarnya juga, semua rakannya itu sudah menamatkan zaman bujang mereka.

“Tapi yang pasti doa untuk kau pasti ade…. semoga dipermudahkan urusan, Aman Rumah Tangga, bahagia dunia akhir4t dan menjadi keluarga yang baik InsyaAllah.

“Tahniah Mat!!! Complete dah!!! Semua dah kahwin Mat!!!, ujarnya yang juga turut tag laman Instagram rakannya itu, Mamat Sepah.

Diruangan komen, rata-rata peminat dan pengikut Shuib turut tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah buat Mamat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Instagram Shuib

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“C0mplete Dah” Shuib Ucap Tahniah Buat Mamat, M0hon Maaf Tak Dapat Hadir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*