“Law4n Hukvm Graviti Sampai Masuk Berita Antarabangsa…” Hebatnya Kek Perkahwinan Zahirah Dan Aiman

Kek perkahwinan pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza yang berbentuk seperti Chandelier telah menarik perhatian ramai baru-baru ini.

Lebih menarik lagi, berita mengenai kek unik yang tular itu mendapat liputan media hingga ke luar negara.

Zahirah berkongsi perkara itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya hari ini.

Menurut Zahirah, selain media tempatan, artikel mengenai kek perkahwinannya itu turut disiarkan di Fox News, China Press serta beberapa negara lain.

“Kek kami mendapat perhatian media antarabangsa! Suami saya ada menghantar beberapa foto screenshot beberapa artikel yang menulis tentang kek perkahwinan kami.

“Kek kami telah masuk Fox News, China Press, India, Russia, Sepanyol, Jepun dan banyak lagi!” tulis Zahirah kegembiraan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Zahirah meninggalkan respon positif, rata-rata mereka turut teruja dengan berita itu.

Kek tersebut direka seperti bentuk chandeliar dan dig4ntung dari siling ruang dewan.

Terdahulu, Zahirah dan Aiman dinikahkan oleh bapa kandung Zahirah sendiri pada 20 Februari 2020 di Glam Hall, Damansara.

Majlis resepsi mereka pula berlangsung sehari selepas itu di lokasi yang sama.

Unik! Kek gantung Zahirah, Aiman jadi bualan – “Tiga tahun simpan idea, seminggu nak siapkan”

SETELAH tiga tahun menyimpan idea untuk menghasilkan kek gantung atau chandelier cake, akhirnya pemilik Lily & Lola Cakes merealisasikan idea itu semasa majlis resepsi pasangan pelakon Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Redza.

Menurut pemiliknya, Lily Osman, 28, proses pembuatan kek tersebut tidaklah terlalu sukar namun apa yang mencabar ialah proses untuk menggantung kek setinggi lapan tingkat itu.

“Idea nak buat kek gantung ini sudah difikirkan sejak tiga tahun lalu cuma kami mencari majlis yang sesuai. Rezeki saya dan Zahirah apabila kebetulan semuanya konsep ini kena dengan majlis mereka, jadi kita realisasikan idea itu.

“Kek itu dihasilkan dalam masa seminggu tapi nak menggantung yang agak sukar dan mengambil masa lebih sejam. Ia perlu dipastikan benar-benar kukuh supaya tak jatuh kerana graviti dan memerlukan beberapa orang untuk menggantungnya.

“Macam mana teknik kita buat supaya kek itu kukuh dan tidak jatuh? Itu ada caranya! Apa pun mujurlah pihak perancang perkahwinan, Mahligai Creative banyak membantu dan memudahkan proses persiapan di dewan tersebut,” katanya kepada mStar.

Netizen puji hasil rekaan kek perkahwinan Zahirah dan Aiman.

Sebelum itu, menerusi laman Twitter, tular beberapa keping foto dan video kek perkahwinan pasangan pelakon tersebut.

Ia menarik perhatian netizen apabila kek tersebut yang disangkakan lampu candelier turun dari atas semasa upacara memotong kek.

“Apabila kek ini viral secara tidak langsung dapat membuka mata orang ramai mengenai bakat orang Malaysia!”

LILY OSMAN

PEMILIK LILY & LOLA CAKES

Ditanya mengenai harga, Lily berkata setiap kek memiliki harga berbeza mengikut kepada bajet dan permintaan pelanggan.

Bagaimanapun, dia tidak menolak rekaan kek sedemikian boleh mencecah harga puluhan ribu ringgit.

Kek perlu dipastikan kukuh supaya ia tidak jatuh apabila digantung.

“Kek perkahwinan Zahirah itu tak boleh nak dedahkan harga kerana perjanjian dengan pelanggan kami. Sebenarnya, harga untuk setiap kek berbeza dan ia tertakluk kepada saiz, rekaan dan material yang akan digunakan.

“Untuk kek yang lebih kurang macam itu harga mungkin boleh mencecah puluhan ribu… tapi semuanya mengikut kepada bajet dan permintaan pelanggan.

“Apabila kek ini viral secara tidak langsung dapat membuka mata orang ramai mengenai bakat orang Malaysia… kalau nak tahu pembuat kek di Malaysia pun boleh hasilkan kek dengan rekaan yang unik dan mencabar,” ujarnya yang memulakan perniagaan Lily & Lola Cakes bersama adiknya, Alya Osman sejak beberapa tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Gempak via MStar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Law4n Hukvm Graviti Sampai Masuk Berita Antarabangsa…” Hebatnya Kek Perkahwinan Zahirah Dan Aiman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*