“Saya Dah Lancarkan Laman Web Sendiri Yang Saya Namakan…” Dr. Amalina Mahu Berkongsi

Dr. Amalina Bakri, pakar bedah pelatih yang berada di London mengumumkan bahawa beliau kini sudah melancarkan laman web miliknya sendiri yang dipanggil ‘Ask Dr Amalina’.

Menurut Dr Amalina, dia akan berkongsi informasi tentang kesihatan secara amnya dan menulis blog tentang isu-isu keishatan semasa.

“Saya sudah berkongsi pengetahuan tentang perubatan dan fakta-fakta berdasarkan bukti-bukti secara kajian di media sosial selama beberapa tahun.

“Sudah tiba masanya untuk saya membawanya ke tahap seterusnya. Saya sangat teruja dengan projek terbaru ini dan saya harap anda juga dapat belajar sesuatu yang baru! Enjoy!” tulis Dr. Amalina di Twitter miliknya.

Dr. Amalina juga meminta pendapat pengikut-pengikutnya di media sosial tentang perkara yang mereka mahu dia bincangkan di blognya.

“Sila ambil perhatian bahawa ini bukanlah platform perundingan perubatan peribadi untuk anda dan keluarga anda.

“Ini merupakan platform untuk berkongsi informasi tentang kesihatan secara general untuk semua. Sila berjumpa dengan doktor berdekatan anda jika terdapat sebarang masalah kesihatan,” tulis Dr. Amalina lagi dalam Bahasa Inggeris.

Dr. Amalina atau Nur Amalina Che Bakri merupakan Pakar Bedah Am (Specialist Trainee) dan menjalani PHD Felo Penyelidikan Payudara di Imperial College.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Dah Lancarkan Laman Web Sendiri Yang Saya Namakan…” Dr. Amalina Mahu Berkongsi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*