Anak Masvk Wad, Jihan Muse Mohon Maaf Tak Dapat Hadir Sidang Media AME2020

Pengacara Anugerah MeleTOP Era (AME2020), Jihan Muse memohon maaf tidak dapat hadir ke sidang media program tersebut hari ini.

Jihan memaklumkan perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya.

Menurut Jihan, keadaan anaknya Ungku Arsalan Haq agak kurang sihat dan masih ditahan di wad.

“Masih lagi di sini hari ini. Minta maaf team #AME2020 saya tak dapat bersama-sama untuk pc hari ini.

“All the best to you all dan tahniah untuk semua yang tercalon top 5.

“Doakan anakanda cepat sihat dan mak bapaknya pun sihat jua,” tulisnya.

Terdahulu, Jihan, Nabil Ahmad dan Alif Satar telah diumumkan sebagai pengacara AME2020 tahun ini.

Jihan dan Ungku Hariz berkahwin pada 20 Mac 2016 dan pasangan itu menimang cahaya mata pertama, Ungku Arsalan Haq pada 25 Januari 2018.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Anak Masvk Wad, Jihan Muse Mohon Maaf Tak Dapat Hadir Sidang Media AME2020"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*