Gelombang Kedua Koronavirus, KKM Umum 14 K3s Baru Hari Ini!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 14 kes baharu koronavirus (Covid-19) di negara ini setakat jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan keseluruhan adalah 50 kes.

“Sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini, gelombang pertama jangkitan Covid-19 di Malaysia yang merangkumi 22 kes positif Covid-19 (iaitu kes pertama sehingga kes ke-22) telah sihat dan discaj.

“Setelah 11 hari tiada kes baharu dilaporkan, gelombang kedua bermula pada 27 Februari 2020. Bagi gelombang kedua sehingga 4 Mac 2020, terdapat sebanyak 28 kes positif Covid-19 (iaitu kes ke-23 sehingga kes ke-50) yang telah dilaporkan.

“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 50 kes,” katanya pada sidang akhbar di KKM hari ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Gelombang Kedua Koronavirus, KKM Umum 14 K3s Baru Hari Ini!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*