“Jangan Suka Menudvh Tanpa Usvl Periksa” Mamat Sepah Buka Mulvt Isu Jep, Shuib Tak Hadir Majlis

Sejak kembali aktif di media sosi@l, ada saja isu  yang ditimbulan Azwan Ali.

Belum pun selesai kes saman dengan Dato’ Vida, baru-baru ini, Azwan Azli memuat naik beberapa kicauan di Twitter berbaur kemarahan terhadap kumpulan Sepahtu dianggotai Jep dan Shuib.

Ramai berpendapat Azwan terasa hati selepas gayanya diajuk Jep dalam episod terbaru Sepahtu Reunion.

Menerusi ciapan itu, dipercayai Jep dan Shuib tidak hadir di majlis perkahwinan Mamat iaitu bekas ahli kumpulan Sepah.

Akibatnya Jep dan Shuib dikecam warga maya.

Menyedari perkara itu, Mamat Sepah tampil menjelaskan perkara sebenar.

“Jangan tuduh sahabat-sahabat saya macam tu, mereka ada hubungi saya menerusi panggilan video satu jam sebelum saya bernikah.

Saya sedih apabila ‘adik beradik’ saya, Jep dan Shuib dikatakan sengaja tidak hadir dan lupakan saya.

Nasihat saya, kalau tidak tahu apa-apa janganlah bercakap sesuka hati. Selain mengguriskan hati orang lain anda juga menambah dosa sendiri,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

Pertemuan itu bersyarat,perpisahan itu pasti.. @shuibsepahtu

A post shared by Mamat sepah®️ (@mamatsepah) on

Menurut Mamat, anggota Sepahtu menghubunginya dan mengucapkan tahniah serta memohon maaf tidak dapat hadir kerana terikat dengan komitmen program Sepahtu Reunion Live.

Lagipun kata Mamat, dia ada bertemu Jep seminggu sebelum bergelar suami.

“Kami ada berjumpa dan dia ucap tahniah dan beritahu awal tidak dapat hadir ke majlis saya nanti. Sebab itu saya kata, jangan suka menuduh tanpa usul periksa,” katanya.

Itulah. Suka nak jadi batu api. Tak baik tau.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : CARI

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Jangan Suka Menudvh Tanpa Usvl Periksa” Mamat Sepah Buka Mulvt Isu Jep, Shuib Tak Hadir Majlis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*