“Asyik Lalu Jalan Berpaya Lebih Tiga Kali,” Dinasihat Baca Ayat Suci Selepas Ses.at Dalam Hutan Waktu Senja, Catriona Ross Cerita Kisah Mist3ri

Terkenang saat peristiwa diganggu dipercayai entiti mistik sewaktu melalukan pendakian di Gunung Irau, Cameron Highland tidak lama dulu, Catriona Ross jujur akui pada mulanya, dia tidak mahu mempercayai perkara melibatkan mistik.

Bagaimanana pun, selepas melaluinya sendiri, dia akur ‘benda’ itu wujud di sekeliling kita.

“Sebenarnya saya pun tidak mahu percaya perkara mistik dan hanya fikirkan ia kisah mistik orang-orang Melayu sahaja. Namun apabila saya mendaki Gunung Irau pada 2018, sesuatu telah berlaku kepada kami.

“Kami sekumpulan ada 15 orang dan apabila kami sudah tiba di puncak pada pukul 4.00 petang, hujan turun dengan lebat. Kami terpaksa berehat sebentar di atas.

“Namun kami terpaksa juga turun kerana hari semakin gelap walaupun hujan masih lebat dan suhu sangat sejuk. Kami tidak kenal jalan untuk turun dan asyik melalui jalan yang sama. Kami asyik lalu jalan yang berpaya lebih tiga kali.

“Namun kami semua diam sebab tahu ada sesuatu yang tidak kena, dan tidak sepatutnya berkata apa-apa yang tidak patut. Kami dinasihatkan untuk terus berjalan dan membaca doa dan ayat suci Al-Quran,” jelasnya.

Jelas pelakon jelita itu, peristiwa tersebut menjadi pengajaran buatnya.

“Kami faham apabila masuk kawasan orang, ‘mereka’ yang mahu bergurau dengan kita. Kesimpulannya ia memang wujud.

“Waktu itu mungkin nasib kami malang namun saya anggap ia satu perkenalan yang bagus kerana sebelum ini saya kurang percaya dan tidak pernah kena,” katanya lagi.

Catriona bercerita ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Summeraya 2020 oleh Rico Rinaldi di GMCV, Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan lain, Rico Rinaldi melancarkan tiga koleksi busana raya, Summer Basic, Summeraya Ramadan dan Summeraya 2020 sempena sambutan lebaran yang bakal tiba.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mh

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Asyik Lalu Jalan Berpaya Lebih Tiga Kali,” Dinasihat Baca Ayat Suci Selepas Ses.at Dalam Hutan Waktu Senja, Catriona Ross Cerita Kisah Mist3ri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*