“Bukan Waktu Sesuai Untuk Cari Untung” Cakra Khan Beng@ng Harga ‘Mask’ Cecah RM170

PENYANYI Cakra Khan bengang dan tidak mampu mengawal emosi apabila mengetahui penutup hidung dan mulut (mask) naik harga kerana penularan wabak korona virus di Indonesia.

Menurut Cakra, kenaikan harga tesebut tidak menguntungkan sebaliknya merugikan banyak pihak terutama masyarakat yang benar-benar memerlukan.

Peniaga dan individu yang menjual dengan harga tinggi itu dilihat mengambil kesempatan demi mengaut keuntungan dengan cara mudah.

“Cari masker (penutup mulut dan hidung) harganya boleh tahan (mahal), buatkan saya emosi sahaja. Cari keuntungan ketika waktu begini tak sesuai.

“Dulu saya beli harganya baru Rp 250,000 (RM73)… sebabkan sekarang permintaan tinggi boleh capai harga Rp 600,000 (RM176),” katanya.

Meskipun dijual pada harga yang mahal, Cakra berkata dia tetap membeli penutup mulut dan hidung kerana kerjaya dan aktivitinya banyak di luar rumah.

Selain mencegah penularan wabak, ia juga dapat melindungi dirinya daripada pencemaran udara di Jakarta.

“Kalau berada di luar itu lebih baik, bukan sebab virus sahaja tapi pencemaran udara di Jakarta pun banyak. Bila pulang rumah terus cuci muka, cuci tangan, nak makan cuci lagi. Jadi kita berwaspada tapi jangan berlebihan.

“Pesanan saya, semua yang melihat tentang hal ini jangan ambil keuntungan di saat-saat begini ya,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Bukan Waktu Sesuai Untuk Cari Untung” Cakra Khan Beng@ng Harga ‘Mask’ Cecah RM170"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*