“Baru 2 Minggu Bergelar Isteri Kpd Aiman,” Zahirah MacWilson Ded4h Keadaan Rumah Tangga Mereka Sekarang

Pelakon Zahirah Macwilson kini makin bahagia sejak mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Aiman Hakim Ridza pada 20 Februari lalu.

Meski sedar akan tanggungjawabnya akan menjafi lebih besar sejak bergelar isteri, bintang cantik ini bagaimanapun akui dirinya masih lagi dalam fasa ‘bercinta’ dengan suami tersayang.

“Alhamdulilah, satu fasa baru dalam hidup saya. Kalau nak dikata bagaimanapun dengan perkahwinan kini, rasa sesuatu yang berbeza dan  menyeronokkan apabila setiap hari bila kita bangun dari tidur ada orang di sebelah.

“Sebelum ini saya banyak hidup sendiri di Malaysia memandangkan keluarga di Australia tapi kini saya ada suami yang sentiada ada bersama di sisi,” katanya kepada MH.

Terdahulu, Zahirah ditemui pada Majlis Tayangan Gala filem sulung lakonannya, Bulan & Pria Terhebat yang diakan di MBO The Starling, pada Khamis.

Ditanya apakah sikap atau perkara pelik suami yang baru diketahuinya selepas mendirikan rumah tangga, pelakon berusia 25 tahun itu tidak menafikan Aiman merupakan seorang lelaki yang sangat pembersih.

“Saya tak sangka dia seorang lelaki yang sangat kemas dan pembersih. Lazimnya, kita akan fikir lelaki tidak akan sekemas perempuan, akan tapi dia sebaliknya.

“Sebagai contoh bila di rumah, barang-barang yang ada kena kemas dan tak boleh berhabuk pun.

“Tapi saya rasa itu perkara yang baik untuk kami,” dedah Zahirah.

Sementara itu, filem Bulan & Pria Terhebat bakal ditayangkan 12 Mac depan

Selain Zahirah, filem yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu turut dibintangi Maya Karin, Zizan Razak, Khir Rahman, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Instagram Zahirah MacWilson

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Baru 2 Minggu Bergelar Isteri Kpd Aiman,” Zahirah MacWilson Ded4h Keadaan Rumah Tangga Mereka Sekarang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*