“Saya Tak Nak Tahu Baby Girl Or Boy,” Saharul Ridzwan Tak Kisah Jantina Bayi, Asalkan Isteri Selamat Bersalin

Menanti detik kelahiran anak kedua tidak lama lagi, pelakon Saharul Ridzwan tidak kisah akan jantina bayinya itu.

Tambah pelakon drama Camelia itu, dia berharap agar proses bersalin isterinya, Qaabila Deena Emir dipermudahkan dan anaknya berada dalam keadaan sihat, selamat dan cukup sifat.

“Boy ke Girl? 3 bulan je lagi! Ramai betul yang tanya. Sebenarnya sy memang ckp dekat doctor, sy tak nak tahu baby girl atau boy sampai lah Deena selamat bersalin nanti.

“InShaaAllah, tak kisah pun boy atau girl. Semuanya rezeki, asalkan mummy dengan baby sihat selamat dan cukup sifat Allah kurniakan. Amin Ya Rabb.

“Korang rasa boy ke girl? Agak2 ikut muka siapa. Eheheh. Doakanlah kami. Amin Amin Amin,” tulisnya.

Sementara itu, diruangan komen, rata-rata mulai meneka jantina kandungan dan mendoakan agar semuanya dipermudahkan kelak.

Untuk rekod,  Saharul berkahwin dengan Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan Muhammad Luth Ali, 3 tahun.

 

View this post on Instagram

 

RAMAI2 WISH GOOD LUCK BOLEH? ❤️ . Im so proud of you sayang, dalam 2 bulan ni, struggle betul awak nak siapkan lipcream awak ni. Photoshoot sorang2 ke sana sini meeting sorang2. Sy tolong mana yang boleh je sebab shooting kan, bila suruh tunggu awak ckp semua boleh buat, takut nanti tak dan siap kan. Jaga anak lagi, bawak baby dalam perut lagi. . Alhamdulillah, hari ni settle satu kerja dengan shopee. Sy doakan semuanya Allah permudahkan utk awak sayang 🥰 . Good luck sayang, Ingat satu benda, Allah selalu ada dengan orang yang berusaha, tawakal dan buat sesuatu dengan niat yang betul. Doa suami awak selalu ada dengan awak. Amin Ya Rabb. 🤲🏻 . P/s: ni dia terbaring sleep kepenatan. Kita tengok je muka dia dengan penuh kasih sayang 😌 @deenaemir @qaabilabeauty @qaabila.hq

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

 

View this post on Instagram

 

12 Januari 2016 : Time tu pagi birthday dia, sy dengan nekadnya text dia nak wish bday, nervous sbb dah tak lama betul tak contact dia. Takut2 la dia block no sy kan. LEPAS sy wish “Selamat Hari Lahir Deena”, dia terus reply! 😆 . So saya terus call dia : “Awak dah kahwin?” “Belum” “Ada boyfriend?” “Tak ada” “Sy nak kahwin dengan awak” . Tapi ni lagi best. Lepas kahwin, dia baru cerita dekat saya, pada pagi yang sy call dia tu, dia dengan kawan2 dia, tengah celebrate, then kawan2 baik dia suruh dia doa something sebab birthday dia. Jadi doa dia adalah; “Ya Allah, tahun ni aku nak kahwin, temukanlah jodoh aku”. Lepas dia aminkan doa, sy yang call dia. Jodoh kan? 😌 . Selamat Hari Lahir sayang. Terima kasih sudi hidup dengan saya di dunia. InShaaAllah, kita sama2 usaha supaya kita sekeluarga sama2 jugak di akhirat nanti. Amin Ya Rabb. Semoga doa ini di makbulkan juga pada hari kelahiran awak. ❤️ @deenaemir

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Instagram Saharul Ridzwan

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Tak Nak Tahu Baby Girl Or Boy,” Saharul Ridzwan Tak Kisah Jantina Bayi, Asalkan Isteri Selamat Bersalin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*