“Perasaan Paling Bahagia Bila Kita Dapat Buat Ibu Kita Happy” Mawar Rashid Buat Kejutan Untuk Ibu..

Berjauhan bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi bila berjauhan dengan ibu sendiri. Pastinya perasaan rindu sentiasa membuak-buak.

Itulah yang terjadi kepada ibu kepada Mawar Rashid, Marinee Abdullah yang berjauhan dengan ibunya yang berasal dari Chiangmai, Thailand.

Menurut Mawar, ibunya yang ketika itu berumur 24 tahun berpindah ke Malaysia apabila berkahwin dengan ayahnya, Wan Abdul Rashid (arwah) dan meninggalkan keluarganya di Chiangmai.

Berpakat dengan adik beradiknya, Mawar membuat kejutan untuk ibu tersayang apabila secara diam-diam membelikan tiket kapal terbang untuk nenek dan makciknya datang ke Malaysia.

“Surprise Mommy! Tiap kali tengok, mesti mengalir air mata. Surprise from us to you mommy. Kasih sayang antara anak dan ibu.

“Mawar & siblings buat surprise kat mommy, kami diam-diam beli ticket nenek & aunty dari Chiangmai datang ke sini untuk jumpa mommy.

“Alhamdulillah, Mommy menangis happy gile dapat duduk dengan nenek kat sini. Nenek akan duduk sebulan kali ni. Last nenek datang 2 tahun lepas, masa wedding Mawar. Sebenarnya Atok Mawar baru meninggal 6 bulan yang lepas,” tulis Mawar pada IGTV di Instagram miliknya.

Menurut Mawar, dia sendiri tidak dapat membayangkan hidup berjauhan dengan ibunya dan perkara itu membuatkan dia faham perasaan ibunya.

“Mommy, you’re a super woman! Mommy memang jadi contoh yang terbaik untuk kitorg. Terima kasih atas didikan dan tunjuk ajar mommy. Adik bangga ngan mommy. Terima kasih sebab banyak berkorban untuk kita orang,” tulis Mawar lagi.

 

View this post on Instagram

 

Tiap kali tengok, mesti mengalir air mata 😢Surprise from us to you mummy ❤ Kasih sayang antara anak dan ibu. . Mawar & siblings buat surprise kat mummy, kitorg diam2 beli ticket nenek & aunty dari Chiangmai dtg ke sini untuk jumpa mummy. . Alhamdulillah, Mummy menangis happy gile dpt duduk ngan nenek kat sini. Nenek akan duduk sbulan kali ni. Last nenek dtg 2 tahun lepas, masa wedding Mawar. Sbenarnya Atok Mawar baru meninggal 6 bulan yang lepas. . Mawar sendiri tk leh bygkan kalau mawar berjauhan ngan mummy mawar. Mawar faham prasaan mummy mawar terpaksa berjauhan ngan ibondanya. . Tapi.. Demi anak2, mummy sanggup berjauhan dgn family dan duduk kat malaysia( Mummy mmg asal dari ChiangMai, umur mummy 24, mummy move to malaysia lepas kawin ngan arwah papa mawar) . Mummy you’re super woman! Mummy mmg jadi contoh yg terbaik untuk kitorg. Terima kasih atas didikan dan tunjuk ajar mummy. Adik bangga ngan mummy 😭 Thank you sbb bnyk berkorban untuk kitorg.. . Perasaan paling bahagia bila kita dapat buat ibu kita happy ❤ Another reason Mawar bawa nenek dtg kesini sebab Mawar nak mummy and nenek bagi restu and support untuk PC & SOFT LAUNCHING EVENT @MAWAROSE_HQ soon. Doakan semoga MAWAROSE maju jaya dan dapat membantu membina lebih ramai usahawan ❤ . #MawaroseHQ #Mawarose2020

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Tambah Mawar, perasaan paling bahagia bila kita dapat membuat ibu kita gembira.

Mawar Rashid atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkahwin dengan Raden Ahamd Faizal Yaakob pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Imbas kembali lakonan Mawar Rashid dalam TQ Captain pada telefon pintar anda melalui Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Perasaan Paling Bahagia Bila Kita Dapat Buat Ibu Kita Happy” Mawar Rashid Buat Kejutan Untuk Ibu.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*