“Enam Tahun Memperingati MH370,” Persembahan Dayang Nurfaizah Di AJL29 Kembali Tular Dan Buat Netizen Sebak

Penyanyi Dayang Nurfaizah menarik perhatian wargamaya apabila persembahannya sewaktu Anugerah Juara Lagu 2015 yang khas ditujukan kepada mangsa pesawat MH370 kembali tular.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @ibcig berkongsi sepotong video persembahan Dayang menerusi lagu Di pintu Syurga untuk tatapan umum.

“Bagi memperingati MH370, kalau anda dengar balik akhir lagu Di Pintu Syurga masa live AJL 29, ada suara rakaman juruterbang Kapten Zaharie Ahmad kata, “Good night Malaysian three-seven-zero”.

“Baju Dayang pakai pulak putih simbolik kepada awan,” tulis pengguna itu menerusi satu kicauan.

Pada awal pagi 8 Mac 2014, sebuah penerbangan rutin harian, pesawat Malaysia Airlines MH370, dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang bersama semua penumpang dan anak kapal.

“Good night Malaysian three-seven-zero” merupakan ungkapan terakhir yang dilafazkan oleh kapten Zaharie sebelum ia hilang dari pemantauan radar awam Malaysia pada jam 1.30 pagi.

Hasil tinjauan di ruangan Twitter, rata-rata wargamaya sebak dengan peristiwa MH370 yang masih menjadi misteri.

“Masih teringat lagu yang sangat memberi makna ni. Bila teringat je persembahan ni, mesti menangis #MH370,”ujar seorang wargamaya.

“6 tahun yang kekal dalam ingatan. Di mana jua semua penumpang berada, semoga mereka dalam keadaan yang baik,” tulis seorang wargamaya lagi.

“6 tahun kita semua menanti dengan harapan, ia berlalu tanpa jawapan. Tak akan sesekali dilupakan,” luah seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video berdurasi lebih dua minit itu telah menerima hampir 25,000 tontonan dan 2,000 tanda suka daripada warga Twitter.

Pada persembahan yang diiringi petikan gitar itu, Di Pintu Syurga menduduki tempat ketiga dan Dayang membawa pulang anugerah vokal terbaik menewaskan 11 lagu lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Enam Tahun Memperingati MH370,” Persembahan Dayang Nurfaizah Di AJL29 Kembali Tular Dan Buat Netizen Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*