Aurel Dan Azriel Jawab Mengapa Tidak Mahu Tinggal Bersama Ibu Kand0ng Krisdayanti

ANAK kepada penyanyi Krisdayanti dan bekas suami Anang Hermansyah iaitu Aurel dan Azriel membuat pendedahan mengapa dia menolak untuk tinggal bersama ibunya.

Menurut kapanlagi, Aurel dan Azriel memberitahu pendedahan itu melalui saluran YouTube The Hermansyah A6 memberitahu mereka tidak mahu menyusahkan penyanyi lagu Cobalah Untuk Setia itu.

“Mimi (Krisdayanti) berkahwin dengan suaminya Raul dan ketika itu kami masih remaja. Sikap yang kebudak-budakkan akan menyusahkan mimi dan suaminya.

“Dulu mimi pernah cakap bahawa suaminya sudah boleh terima kami kerana kami sudah dewasa dan tidak merajuk lagi,” katanya.

Aurel dan Azriel bersama Krisdayanti dan Raul Lemos.

Selain daripada itu, mereka juga memberitahu bahawa Krisdayanti terlalu sibuk dan selalu menolak untuk hadir pada majlis keluarga yang diadakan bapa mereka Anang.

“Mimi juga tidak pernah datang majlis-majlis yang kami adakan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, ketika menjawab soalan netizen berkenaan kekecewaan terhadap ibunya itu, Aurel berkata perasaan itu sudah hilang selepas mereka membesar.

“Kecewa, sakit hati, perasaannya hancur. Tapi sekarang sudah tidak ada sama sekali,” tutur Aurel.

Anang Hermansyah dan Krisdayanti bercerai pada 2009. Krisdayanti berkahwin dengan usahawan Timor Leste, Raul Lemos pada 2011.

Manakala, Anang berkahwin dengan penyanyi Ashanty pada 2012.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Aurel Dan Azriel Jawab Mengapa Tidak Mahu Tinggal Bersama Ibu Kand0ng Krisdayanti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*