“Selepas Bankr4p Dan Dipenj4ra Kerana Pasp0rt Palsv,” Ronaldinho Tetap Tersenyum

Berita penangkapan bekas bintang bola sepak dunia Ronaldinho di Paraguay mengejutkan ramai pihak.

Ronaldinho ditangkap pihak berkuasa tempatan selepas disyaki menggunakan pasport palsu untuk memasuki negara itu bersama abang kandung dan pengurusnya.

Ronaldinho bergelar pemain bola sepak profesional sehingga 2015, namun dia kini masih menjadi ikon popular bola sepak global. Kehadiran Ronaldinho di Paraguay dilaporkan adalah atas jemputan seorang pemilik kasino tempatan untuk tujuan amal.

Mengikut perundangan, rakyat Brazil sebenarnya tidak memerlukan pasport untuk memasuki Paraguay. Tidak dapat dipastikan mengapa Ronaldinho memiliki dokumen palsu tersebut ketika serbuan dan pemeriksaan dilakukan.

Khabarnya, peluang Ronaldinho untuk kembali ke negara asalnya dilihat semakin tipis kerana mahkamah Paraguay tidak membenarkan ikat jamin dan menolak rayuannya untuk tahanan rumah.

Ronaldinho berkemungkinan terpaksa ditahan di penjara untuk tempoh enam bulan seterusnya atau sekurang-kurangnya sehingga perbicaraan selesai.

Usai ditahan di penjara Asuncion, gambar-gambar beliau di penjara mula bertebaran di Internet. Maklumlah, pemain bola sepak terkenal, kan.

Agak menyedihkan juga apa bila melihat keadaan penjara negara itu. Macam dalam siri televisyen, Prison Break Musim Ketiga pula.

Tapi, sempat juga Ronaldinho melayan peminat di sana. Santai saja, kan?

Apa-apapun, semoga Ronaldinho dibebaskan tidak lama lagi dan terus melemparkan senyuman manisnya itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : cari

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Selepas Bankr4p Dan Dipenj4ra Kerana Pasp0rt Palsv,” Ronaldinho Tetap Tersenyum"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*