“Minta Pertol0ngan Allah Redakan C0VID-19,” Bacaan D0a Qunut Nazilah Bermula Hari Ini

Meskipun dilanda dengan gejala wabak virus COVID-19, namun hari ini beberapa masjid di Malaysia masih menerukan juga solat Jumaat seperti biasa.

Menerusi pantauan media daripada Malaysia Gazzette, telah berkongsi foto sekitar solat Jumaat hari ini, dapat diperhatikan para jemaah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai mask dan mencuci tangan sebelum masuk ke masjid.

Memohon tangisan doa

Menyahut seruan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, bacaan doa Qunut Nazilah perlu dilaksanakan bermula hari ini.

“Marilah kita sentiasa memohon tangisan doa dan meningkatkan ibadat kepada Robbul Jalil supaya memberi petunjuk kepada kita semua dan dihindari dari segala wabak khasnya Covid-19 yang sedang melanda kini…”

Doa Qunut Nazilah dibaca hari ini

Berdasarkan salah satu foto, dilihat jemaah dari masjid Masjid Negara, Kuala Lumpur, hari ini bersama-sama mengaminkan doa Qunut Nazilah yang dibaca oleh imam.

Di saat yang genting ini, selain daripada berusaha kini hanya pada Allah sahaja tempat kita memohon pertolongan agar penularan COVID-19 kembali terkawal.

Sumber : Malaysia Gazzette & Harian Metro

Be the first to comment on "“Minta Pertol0ngan Allah Redakan C0VID-19,” Bacaan D0a Qunut Nazilah Bermula Hari Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*