“Sarawak Catat 11 Ke.s Baru P0sitif C0vid-19,” Termas0k 8 Di Miri

MIRI mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19, dengan lapan orang disahkan dijangkiti wabak berkenaan pada Ahad.

Sementara itu Kuching, Bintulu dan Sarikei masing-masing mencatatkan satu kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dalam satu siaran akhbar pada Ahad berkata, dengan sebelas kes positif baru itu menjadikan jumlah keseluruhan yang dikesan sejak tiga hari lalu kepada 20 kes.

“Lapan kes positif di Miri dikaitkan dengan kumpulan yang menghadiri perhimpunan di masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur.

“Bagi kes-kes baru di Kuching, Bintulu dan Sarikei, kami masih mengesan sumber jangkitan mereka,” kata Pengerusi jawatankuasa Datuk Amar Douglas Uggah.

Beliau berkata satu pasukan telah ditubuhkan untuk mengesan lebih 400 orang peserta himpunan di masjid Sri Petaling yang telah terbang ke Sarawak melalui empat lapangan terbang utama di negeri tersebut.

Lapangan terbang itu terletak di Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu.

Beberapa kes positif Covid-19 yang dilaporkan di Brunei juga didapati berada di kalangan mereka yang berkumpul di masjid Seri Petaling mulai 27 Feb hingga 1 Mac lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Sarawak Catat 11 Ke.s Baru P0sitif C0vid-19,” Termas0k 8 Di Miri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*