“Kucing Mendi4ng Sulli Kini Dijaga 0leh Rakannya” Aktres Kim Sun-ah

SEEKOR kucing peliharaan mendiang penyanyi dan pelakon Sulli yang diberi nama Goblin kini di bawah jagaan sahabatnya aktres Kim Sun-ah.

Menurut laporan Soompi pelakon Kim Sun-ah, 25, memuat naik sekeping gambar kucing di Instagram peribadinya pada Jumaat.

Kim Sun-ah berkawan rapat dengan Sulli selepas mereka berlakon bersama dalam filem Real pada tahun 2017.

“Saya tidak tahu bagaimana mahu bercakap mengenai hal ini, saya tidak punya percaya diri untuk menjaga Goblin.

“Sudah sekian lama saya membawa kucing ini ke rumah, dia sangat disukai dan comel hanya untuk saya lihat, jadi marilah kita semua melihatnya. Saya sayang awak, Goblin,” katanya.

Sulli meninggal dunia pada Oktober kerana dipercayai akibat bunuh diri pada 14 Oktober tahun lalu.

Sulli atau nama sebenarnya Choi Jin-ri telah menjadi sasaran pembuli siber dan pernah berkongsi tentang perjuangan mentalnya. Kucing Goblinnya kerap muncul di Instagram story dan postnya.

Sebelum ini, Goblin dijaga oleh ahli kumpulan Super Juior, Heechul selepas kematian Sulli.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kucing Mendi4ng Sulli Kini Dijaga 0leh Rakannya” Aktres Kim Sun-ah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*