“Saya Tak Ada Girlfriend, Main Dengan Kawan Sajalah” ‘Pad4h’ GaIak Main Filter Instagram, Akhirnya Kepala Jadi Mngsa

SERING kita dengar pesanan daripada orang tua – ‘kalau seronok, jangan seronok sangat, nanti menangis tak berlagu’.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai sebuah video lucu yang dimuatnaik seorang oleh pengguna Twitter menerusi akaun @aiman_zaidin dan tular baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut mengenai kisah tersebut kepada mStar, Aiman Zaidin, 20, memberitahu ia berlaku ketika dia bersama dua lagi rakannya sedang bermain filter di Instagram.

“Masa tu saya tengah buat assignment, tengok kawan saya main filter IG macam syok, tu yang saya join sekali lepas tu.

“Filter tu untuk couple sebenarnya, untuk tengok pemain sweet ke tak dengan pasangan masing-masing, tapi saya tak ada girlfriend, main filter dengan kawan sajalah.

“Cara bermain permainan tu kita kena sync (sama), kalau saya ke kiri, kawan saya pun kena ke kiri. Saya punya excited tu sampai tak perasan ada katil dekat sebelah kepala,” ujar Aiman yang terhantuk gara-gara teruja bermain filter tersebut.

Aiman (tengah) memberitahu rakan-rakannya tidak berhenti ketawa selepas melihat dia terhantuk.

Aiman yang kini sedang melanjutkan pengajian peringkat Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak, turut memberitahu dua orang rakannya, iaitu Muhammad Nur Haqim Nor Sazli, 22, dan Muhammad Hakim Fadhli Radzali, 20, hanya ketawa tanpa henti selepas melihat kejadian tersebut.

“Mereka bukan nak tolong saya pun, tolong gelak lagi ada la. Nasib baik tak sakit sangat atau benjol.

“Saya tak pergi klinik untuk dapatkan rawatan pun sebab saya kan Aiman, Aiman tak kisah…” ujarnya sambil ketawa mengimbas kejadian tersebut.

“Mereka bukan nak tolong saya pun, tolong gelak lagi ada la. Nasib baik tak sakit sangat atau benjol.”

AIMAN

Dalam pada itu, ada juga netizen yang membalas tweet tersebut dan memberitahu bahawa muka salah seorang rakannya, iaitu Nur Haqim mirip seorang pendakwah popular.

“Saya pun pada mulanya tak perasan muka kawan saya macam pendakwah tu, mungkin dia tiada ‘aura’ kot,” ujar pemuda yang berasal dari Seberang Prai, Pulau Pinang itu.

Netizen mengatakan wajah Nur Haqim (kiri) mirip seperti seorang pendakwah popular.

Video yang dimuat naik Aiman sehingga kini telah mendapat lebih daripada 165,700 tontonan dan 10,900 retweet (ulang kicau). Rata-rata netizen terhibur melihat kejadian tersebut.

“Orang lain yang terhantuk, orang lain pula yang beriya pegang kepala,” kata seorang pengguna Twitter.

“Kawan dia lagi risaukan katil daripada dia,” tulis netizen lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Tak Ada Girlfriend, Main Dengan Kawan Sajalah” ‘Pad4h’ GaIak Main Filter Instagram, Akhirnya Kepala Jadi Mngsa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*