“Terbaiklah Br0ther” Netizen Puji Suami Anzalna Nasir Buat CSR Bantu Peniaga Kedai Makan Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Seperti yang semua sedia maklum, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, semua pengusaha kedai makan hanya dibenarkan berniaga dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran atau bungkus sahaja.

Bagi pengusaha restoran makanan segera, mungkin tidak menjadi masalah kerana umum sudah maklum dengan perkhidmatan penghantaran yang disediakan, namun, bagi peniaga kedai makan biasa situasi itu mungkin membimbangkan mereka

Namun, tindakan suami kepada pelakon Anzalna Nasir, Hanif Zaki wajar dipuji apabila membantu golongan peniaga kedai makan dengan mempromosikan perniagaan mereka secara percuma di media sosialnya.

Menurut Hanif, ia merupakan sebahagian inisiatif yang dilakukannya sendiri sebagai salah satu bentuk tanggungjawab sosial korporat dalam membantu golongan peniaga kedai makan.

“Kedai makan yang ada buat penghantaran (makanan). Siapa nak suruh saya tolong promosikan secara percuma, sila DM (mesej secara peribadi) kepada saya.

“Inisiatif tanggungjawab sosial korporat saya sendiri!m” tulisnya menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

Go!

A post shared by Hanif Zaki (@hanif_zaki) on

Perkongsian Hanif itu kemudian menerima pelbagai respons positif dalam kalangan pengikutnya yang memuji tindakan Hanif selaku pemilik akaun yang mempunyai pengaruhnya tersendiri di laman sosial.

“Ikhlas niat Hanif, kenapa tidak?, Ini akan membantu mereka yang memerlukan.

“Semoga terus dikurniakan rezeki kekayaan yang melimpah ruah lagi barakah.

“Terbaiklah brother!

“Semoga Allah jua yang dapat membalas jasa dan budi baik boss,” tulis sebahagian pengikutnya.

Sejak semalam, Haniff menjadikan platform Instagram Story mempromosikan kedai-kedai makan yang memerlukan bantuannya untuk diwar-warkan kepada lebih 260,000 pengikutnya di Instagram.

Sebelum ini, Anzalna juga pernah mendapat perhatian apabila secara sukarela membantu pasangan kurang berkemampuan yang menerima kehadiran cahaya mata.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Mohamad Eidress yang kini menginjak usia setahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Terbaiklah Br0ther” Netizen Puji Suami Anzalna Nasir Buat CSR Bantu Peniaga Kedai Makan Ketika Perintah Kawalan Pergerakan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*