“Kita Kuarantin Kat Rumah Menu Dah Macam Hari Raya” Dayana Roza Bantu Orang Susah, Nak ‘Tercabvt’ Hati Teng0k..

Pelakon Dayana Roza mengakui masih ramai lagi orang yang jauh lebih susah biarpun ada antara kita mungkin mengeluh akibat berdepan kesulitan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ekoran terjejas pendapatan harian.

Lebih menyedihkan, kata Dayana, ada antara mereka yang berdepan kesukaran sehingga tidak mampu membeli bekalan makanan harian untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Dalam kita mengeluh susah, ada yang lagi susah sampai nak beli makanan pun tak mampu. Kita kuarantin kat rumah menu dah macam hari raya. Tapi pernah tak kita terfikir ada keluarga yang nak makan nasi pun tak mampu dah.

“Saya tahu saya bukan budak baik. Saya nakal tapi tak apa saya sedar diri. Luaran nampak abang-abang, tapi hati senipis sehelai tisu. Cepat tersentuh. Saya tak boleh tengok orang susah.

“Sebab saya tahu rasa bila susah, tak ada orang tolong kita. Jangan harapkan orang jauh. Kawan-kawan pun tak semua kisah kalau kita susah.

“Bila tengok orang kena angin ahmar, tengok keadaan rumah, ada anak kecil tapi lampin, susu tak mampu beli, sumpah nak tercabut hati aku,” luahnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Dalam entri tersebut, pelakon drama Abang Bomba I Love You itu turut berkongi foto dan video ketika dirinya mengagihkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.

 

View this post on Instagram

 

Dalam kita mengeluh susah, ada yang lagi susah sampai nak beli makan pun tak mampu. Kita quarantine kat rumah menu dah macam hari raya. Tapi pernah tak kita terfikir ada keluarga yang nak makan nasi pun tak mampu dah.. . . D tau D bukan budak baik. D nakal tapi takpe D sedar diri😂 Luaran nampak abang2, tapi hati senipis sehelai tisu. Cepat tersentuh. D tak boleh tgk org susah. Sbb D tau rasa bila susah takde orang tolong kita. Jangan harapkan org jauh. Kawan2 pun tak semua kisah kalau kita susah. bila tengok org stroke, tengok keadaan rumah, ada anak kecik tp pampers susu tak mampu beli, sumpah nak tercabut hati aku. . . Alhamdulillah, D happy bila tgk orang senyum happy. Nak nangis bila org cakap terima kasih byk kali, doakan macam2. Dalam hati aku non stop ckp jangan nangis nanti tak macho bro 😂 . . . D niat nak cuba bantu sesiapa yg memerlukan di area ampang. Kalau korang tau sesiapa yang memerlukan boleh DM D. Kalau area pandan boleh DM kawan D @bdu7z . InsyaAllah D & kawan2 akan cuba bantu yang termampu. . . Thank you sahabat2 yang donate untuk beli brg2 & tq family tolg packing & teman hantar. Kalau ada kwn2 nak join donate sikit2 apa yg mampu boleh whatsapp or dm me. Pape roger ❤️ #covıd19malaysia #kitajagakita

A post shared by Dayana Roza (@dayanaroza) on

Ia merupakan kerja amal yang dilakukan bersama rakan-rakan dan ahli keluarganya bagi meringankan beban insan yang memerlukan.

“Alhamdulillah, saya gembira bila tengok orang senyum gembira. Nak nangis bila orang cakap terima kasih banyak kali, doakan macam-macam. Dalam hati aku tak berhenti cakap jangan nangis nanti tak macho bro.

“Saya niat nak cuba bantu sesiapa yang memerlukan di kawasan Ampang. Kalau korang tau sesiapa yang memerlukan boleh DM (mesej peribadi) saya,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kita Kuarantin Kat Rumah Menu Dah Macam Hari Raya” Dayana Roza Bantu Orang Susah, Nak ‘Tercabvt’ Hati Teng0k.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*