“Mungkin Boleh Cuba Di Malaysia” Ni Cara Korea Selatan Buat Ujian Saringan C0VID-19 Untuk Elak Pembaziran PPE

Berikutan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan di Malaysia, jumlah kelengkapan Personal Protective Equipment (PPE) juga semakin berkurangan.

Namun, banyak juga pihak yang telah baik hati menjahit PPE untuk frontliners kita. Alhamdulillah, majoriti rakyat Malaysia bekerjasama untuk membantu. 

Kali ini admin nak kongsikan tentang cara Korea Selatan melakukan ujian saringan Covid-19 tanpa pembaziran alat PPE.

Menurut pengguna Facebook, Ray Sunghwa Woo, Korea telah membina sebuah booth khas untuk ujian tersebut.

Difahamkan, mereka akan disinfeksi booth tersebut setiap kali selepas satu-satu ujian dilakukan. Jadi, petugas kesihatan tidak perlu menukar alat kelengkapan PPE mereka untuk setiap pesakit. Bijak kan cara dorang. 

Mereka hanya perlu menukar sarung tangan yang digunakan jadi pembaziran dapat dielakkan.

Mungkin Malaysia jugak boleh cuba cara yang sama memandangkan jumlah pesakit sudah hampir mencecah 3,000 kes.

Namun, kubikel ujian Covid-19 dengan konsep yang sama juga dilaporkan sedang dibangunkan oleh sekumpulan petugas kesihatan dengan kerjasama jurutera dan arkitek tempatan, lapor Berita Harian.

Projek yang dinamakan Projek 13S Cubicle dibuat oleh Kumpulan Facebook, ‘Ini Sains Beb’, Pertubuhan Medical Mythbusters Malaysia dan Klinik Awfa KotaSAS.

Harapnya projek ini akan berjaya dan dapat memudahkan tugas frontliners.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : lobak merah

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Mungkin Boleh Cuba Di Malaysia” Ni Cara Korea Selatan Buat Ujian Saringan C0VID-19 Untuk Elak Pembaziran PPE"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*