“Tak0t Terberan4k Awal” Mon Ryanti Risau Suami Tak Boleh Teman Masuk Bilik Bersalin

Pelakon Mon Ryanti meluahkan rasa risau seandainya dia bersalin lebih awal daripada tempoh jangkaan.

Kata Mon, lebih menggusarkannya sekiranya suaminya, Hasrul Ali tidak dibenarkan menemaninya ketika proses bersalin.

“Menanti kelahiran #babyHH3 on Ramadan sebenarnya tapi takut terberanak awal.

“Saya dengar yang suami tidak dibenarkan memasuki bilik bersalin ketika tempoh lockdown.

“Saya tak tahu macam mana perasaannya nanti tanpa suami di sisi ketika bersalin nanti.

“Pastinya akan lebih beremosi dan sukar sekiranya tiada dia di samping saya nanti. Allahuakbar!

“Tetapi saya pasti petugas dalam bilik bersalin nanti akan menjaga saya dan membantu sepanjang saya berseorangan itu,” kata Mon.

Pelakon yang pernah popular menerusi filem Jangan Pandang Belakang Congkak itu turut meminta doa agar dipermudahkan urusan bersalin kelak.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua sekiranya saya ada terguris perasaan sesiapa atau merasa tersinggung atau sebagainya selama ini atau dengan saya secara peribadi dgn sengaja ataupun tidak.

“Mohon doa agar proses kelahiran #babyHH3 selamat, sihat, dipermudahkan dan berjalan lancar. Mohon doakan juga keselamatan dan kesihatan saya,” tambahnya.

 

View this post on Instagram

 

Bismillahirrahmanirrahim😊 Assalamualaikum & Hi 👌 Today 🌸 1st April 2020 | Wednesday… 😘 Menanti kelahiran #babyHH3 on #Ramadhan sebenarnya tapi takut terberanak awal… 😂 I’ve heard that only Onde can enter, Hasby wouldn’t be allowed in the delivery room but that is to be expected in this situation “lockdown”. I have no idea what I would do without my hasby there through the birth. It’s not something I want to think about really as it would be very tough and emotional without him 😥. Allahuakbar! ° But I expect the nurse midwives would be even more caring and helpful if I had to be alone. Onde just have to keep thinking it will be okay in the end. InsyaAllah… ° To my Hasby, Ayah, Mama, Abah, Mak, Siblings, ipar, kenalan saya / tidak kenal, saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua sekiranya saya ada terguris perasaan sesiapa atau merasa tersinggung atau sebagainya selama ini atau dengan saya secara peribadi dgn sengaja ataupun tidak 🙏 ° Mohon doa agar proses kelahiran #babyHH3 selamat, sihat, dipermudahkan dan berjalan lancar. Mohon doakan juga keselamatan dan kesihatan saya, Aamiin2 YRA ❤ InsyaAllah. XOXO 😘😍 #Baby2020 #StayAtHome #OndeHfamily #RulMon #HasrulHaryanti #HarsJr @hasrul_515

A post shared by ᴴᵃʳʸᵃⁿᵗⁱ ˢᵃʰᵘᵈⁱⁿᵃ ᴸᵉᵉ (@monryanti) on

Mon mendirikan rumah tangga bersama Hasrul pada 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Hayder Hayyan, 5 dan Husna Harika, 3 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tak0t Terberan4k Awal” Mon Ryanti Risau Suami Tak Boleh Teman Masuk Bilik Bersalin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*