Rossa Tunjuk Bakat Memasak Sepanjang Tempoh Berkvrung “Semenjak Duduk Rumah Dah Jadi Cef Ya?”

PENYANYI Datuk Seri Rossa menyambut baik saranan kerajaan Indonesia untuk kekal berada di rumah bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Menerusi laman Instagram, Rossa memanfaatkan peluang berada di rumah dengan memasak pelbagai menu istimewa untuk keluarga.

Malah, dia turut berkongsi resepi masakan bersama pengikutnya di laman tersebut.

“Hari yang mudah dan senang saja! Kalau ada di rumah kita selalu makan telurkan? Ini menu telur dadar paling mudah. Gagal diet!,” tulisnya pada salah satu video yang dimuat naik.

Rossa berkongsi resepi dan menu masakan.

Perkongsiannya itu menarik perhatian pengikut dan rata-ratanya teruja apabila mengetahui penyanyi lagu Pudar ini hebat di dapur.

“Wah semenjak duduk rumah ni dah berubah jadi cef ya!

“Sedapnya… selera kita sama kak, saya pun suka masak dan makan menu itu.

“Lihat kamu masak, terus saya buat… datang inspirasi ketika tengah bingung nak masak apa dengan telur ni,” komen pengikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber :Mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Rossa Tunjuk Bakat Memasak Sepanjang Tempoh Berkvrung “Semenjak Duduk Rumah Dah Jadi Cef Ya?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*